Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Beberapa laluan utama ditutup perasmian Jambatan Batang Saribas
  • TEMPATAN

Beberapa laluan utama ditutup perasmian Jambatan Batang Saribas

Utusan Sarawak 19 hours ago
JAMBATAN Batang Saribas di Pusa bakal dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sabtu ini. Foto JKR Sarawak

BETONG: Perasmian Jambatan Batang Saribas di Pusa akan berlangsung pada Sabtu ini dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selaku tetamu kehormat yang akan merasmikan jambatan tersebut.

Majlis perasmian dijadualkan berlangsung di jalan persisiran Jambatan Batang Saribas dan dijangka menarik kehadiran ramai pengunjung dari sekitar kawasan Pusa dan Saribas.

Bagi memastikan kelancaran majlis, Ketua Polis Daerah (KPD) Betong, Deputi Superintenden Polis (DSP) Rejali Angong memaklumkan bahawa beberapa laluan utama akan ditutup sementara semasa sesi raptai dan hari perasmian.

“Jalan Pusa–Sessang yang menghala ke Tanjung Lilin Plantation akan ditutup sementara pada Jumaat ini bermula 10.00 pagi sehingga selesai bagi tujuan raptai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada hari perasmian Sabtu ini, laluan yang sama akan ditutup bermula 7.30 pagi hingga selesai majlis.

Rejali berkata orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif atau laluan lencongan sepanjang tempoh penutupan jalan, khususnya di sekitar Jalan Pusa dan kawasan Pekan Pusa, bagi mengelakkan kesesakan.

“Penutupan jalan ini adalah langkah penting bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan keselamatan sepanjang program berlangsung,” tambahnya.

Rejali turut menasihati orang awam agar merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan keselamatan lalu lintas bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Aplikasi Great Web platform promosi makanan untuk peniaga Festival Kuching 2025
Next: Neglected park in Taman Phoenix needs urgent attention, says Michael Kong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.