Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK St. Anthony bakal miliki kawasan parkir baharu, atasi isu kesesakan dan keselamatan
  • Utara
  • WILAYAH

SK St. Anthony bakal miliki kawasan parkir baharu, atasi isu kesesakan dan keselamatan

Utusan Sarawak 2 days ago
JOHNNY Pang dan Guru Besar Evelin Willian Jali meninjau kawasan sekitar SK St. Anthony semasa lawatan tapak bersama BDA dan kontraktor, hari ini.

BINTULU: Kemudahan tempat letak kenderaan yang lebih tersusun dan selamat bakal dibangunkan di Sekolah Kebangsaan (SK) St. Anthony di sini bagi mengatasi masalah kesesakan dan meningkatkan keselamatan semasa waktu puncak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, sekolah tersebut tidak memiliki kawasan parkir yang sesuai dan mencukupi, menyebabkan ibu bapa terpaksa meletakkan kenderaan di tepi jalan sekali gus menimbulkan risiko keselamatan kepada murid.

“Saya telah turun padang bersama pihak Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan kontraktor untuk menilai keadaan semasa.

“Kita dapati memang tiada ruang parkir yang sesuai dan selamat untuk ibu bapa,” katanya.

Menurut beliau, satu lokasi berhampiran sekolah telah dikenal pasti bagi cadangan pembinaan kawasan parkir baharu, namun status pemilikan tanah masih dalam semakan BDA.

“Kita minta BDA semak terlebih dahulu sama ada tanah ini milik mereka atau swasta.

“Jika ia milik BDA, maka kita akan teruskan rundingan dan perancangan untuk bina parkir yang sistematik,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau projek naik taraf ruang menunggu berbumbung yang telah siap di sekolah berkenaan, hari ini.

Projek tersebut dibiayai melalui peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) kawasan Tanjong Batu dan merangkumi ruang menunggu berbentuk ‘L’ yang lebih luas serta selesa untuk kegunaan murid selepas waktu sekolah.

“Atas permintaan pihak sekolah, kita juga menambah bumbung di satu lagi pintu pagar dan memasang pagar keselamatan di tepi longkang besar,” ujarnya.

Johnny Pang turut memberi jaminan bahawa beliau akan terus membantu sekolah di kawasannya agar kemudahan yang disediakan sentiasa ditambah baik dan berada dalam keadaan selamat.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: SUPP Bintangor perluas ‘Mobile Service 2 U’ santuni kawasan luar bandar
Next: APM Marudi berjaya tangkap ular sawa sepanjang 1.4 meter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.