Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 129 peserta hadiri program Gaya Hidup Sihat Sukan Rakyat
  • SUKAN

129 peserta hadiri program Gaya Hidup Sihat Sukan Rakyat

Utusan Sarawak 2 days ago
MERIAH….Antara acara yang dijalankan sepanjang program Gaya Hidup Sihat Sukan Rakyat Peringkat IPD Julau. Foto IPD Julau

JULAU: Seramai 129 peserta terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Julau, agensi luar serta komuniti setempat menyertai program Gaya Hidup Sihat Sukan Rakyat Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau.

Program tersebut yang berlangsung dengan meriah bertempat di padang Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah, berkata program yang bermula seawal 7.30 pagi itu telah menghimpunkan pelbagai pihak.

Antara peserta yang terlibat ialah tujuh pegawai polis, 55 anggota polis, 12 pegawai awam, empat ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), 25 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 20 anggota Rela serta lima tuai rumah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan.

“Program ini bukan sahaja menjayakan agenda gaya hidup sihat, malah menjadi platform terbaik untuk menyantuni masyarakat dan agensi luar di Julau dalam suasana penuh semangat kesukanan.

“Sambutan yang menggalakkan daripada semua peringkat masyarakat menunjukkan semangat kekitaan dan perpaduan masih utuh. 

“Program sebegini bukan sekadar untuk beriadah, tetapi mengeratkan lagi hubungan sesama kita,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, antara acara yang dijalankan ialah lari dalam guni, boling kelapa, membawa belon secara berpasangan, gelung hula, tarik tali, serta bola sepak memakai kain sarung.

“Sukan rakyat ini diadakan selaras dengan saranan pucuk pimpinan PDRM agar semua warga Sang Saka Biru mengamalkan gaya hidup sihat dan mengekalkan bacaan Indeks Jisim Badan (BMI) di bawah paras 28.

“Program ini juga diserikan dengan kehadiran wakil komuniti tempatan termasuk tuai-tuai rumah yang berpeluang beramah mesra dengan semua peserta, sekali gus memperkukuh hubungan antara polis dan masyarakat.

“Pertandingan dibahagikan kepada empat rumah sukan IPD iaitu Pakan, Meluan, Entabai dan Tubai Buah,” katanya. 

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.

Oleh Earl Anek

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Mukah terus giat galas peranan sebagai hab sukan berbasikal
Next: Karnival Bola Sepak DUN Jepak bakal gegarkan Padang Warisan 26 hingga 27 Julai ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.