Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Nilai perpaduan saling menghormati tunjang keharmonian berbilang kaum
  • WILAYAH

Nilai perpaduan saling menghormati tunjang keharmonian berbilang kaum

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Mong Dagang hadir pada Program Randau@Begunan yang berlangsung di Empelanjau, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

LINGGA: Nilai perpaduan, saling menghormati dan semangat tolong-menolong dalam kalangan masyarakat rumah panjang terus menjadi tunjang keharmonian hidup berbilang kaum di kawasan luar bandar negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata semangat kebersamaan itu sering dipupuk melalui pelbagai upacara adat seperti Gawai Dayak, Gawai Antu dan Gawai Kenyalang yang bukan sahaja memperkukuh ikatan sesama penghuni tetapi turut menjadi simbol kekuatan budaya dan warisan nenek moyang.

“Amalan seperti musyawarah, menghormati pendapat dan membantu sesama jiran bukanlah sesuatu yang asing di rumah panjang. Ini adalah nilai yang diwarisi turun-temurun dan perlu terus dipertahankan,” katanya ketika berucap dalam Program Randau@Begunan yang berlangsung di Empelanjau, hari ini.

DATUK Mong Dagang hadir pada Program Randau@Begunan yang berlangsung di Empelanjau, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

Dalam ucapannya, beliau turut menekankan pendekatan penyelesaian konflik secara damai melalui perbincangan terbuka yang melibatkan Tuai Rumah serta ketua masyarakat lain.

“Semua pihak diberi ruang untuk bersuara dan mencari titik penyelesaian bersama tanpa mengira perbezaan agama atau latar belakang. Ini adalah asas kepada perpaduan kita,” jelas beliau.

Mong turut memuji masyarakat rumah panjang yang hidup secara berkumpulan dan saling bergantung, termasuk bekerjasama dalam aktiviti gotong-royong seperti membaiki rumah, menuai padi dan menganjurkan majlis.

Menariknya, meskipun penghuni rumah panjang terdiri daripada pelbagai agama dan latar budaya, mereka tetap meraikan majlis keagamaan dan budaya bersama-sama sebagai tanda hormat dan solidariti.

Program Randau@Begunan terus menjadi platform penting memperkukuh jalinan antara pemimpin dan rakyat, selain menyemai nilai perpaduan dalam kalangan komuniti berbilang kaum di konstituensi itu.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perahu berhias curi tumpuan pengunjung di Regata Kalaka 2025
Next: Pameran pelbagai agensi semarakkan Pesta Saratok 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.