Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • AI bukan pilihan, keperluan bina komuniti – Fadillah
  • TEKNOLOGI

AI bukan pilihan, keperluan bina komuniti – Fadillah

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof melawat peserta Kursus AI for MY Future bagi kawasan Parlimen Petra Jaya di CENTEXS, hari ini. Foto Bernama

PETRA JAYA: Penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan lagi satu pilihan, sebaliknya menjadi keperluan dalam membina komuniti yang lebih maju, inklusif dan berdaya saing, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata dalam dunia yang semakin dipacu oleh transformasi digital, usaha meningkatkan kemahiran dalam teknologi tersebut adalah tanggungjawab bersama untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.

“Belajar tidak pernah mengenal usia. Selagi kita masih berdaya, menuntut ilmu adalah satu usaha murni.

“Dalam dunia yang sentiasa berubah, menjadi tanggungjawab kita untuk terus meningkatkan kemahiran dan menyesuaikan diri dengan arus transformasi digital,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Fadillah mengadakan sesi lawatan Kursus ‘AI for MY Future’ kawasan Parlimen Petra Jaya di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Kuching. 

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memberi kata-kata perangsang kepada peserta Kursus AI for MY Future kawasan Parlimen Petra Jaya semasa lawatan ke CENTEXS, di sini. Foto Bernama

Program yang menghimpunkan 150 peserta antaranya 51 pemimpin komuniti, 33 guru dan 24 usahawan itu bertujuan memberi pendedahan tentang penggunaan AI dalam pelbagai sektor, termasuk data analitik, penghasilan dokumen serta pengurusan dan pelaporan secara digital.

Beliau berkata antara aspek paling signifikan ialah penggunaan Microsoft Co-Pilot oleh ketua komuniti yang lazimnya melaksanakan tugasan tanpa sokongan pentadbiran yang mencukupi.

“Dengan penguasaan alat seperti Microsoft Co-Pilot, mereka kini mampu melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan profesional, termasuk penulisan laporan, penyediaan bahan komunikasi dan pengurusan data,” katanya.

Fadillah turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur dan menyarankan supaya inisiatif sedemikian diteruskan dan diperluas ke kawasan lain.

“Pesan saya kepada semua peserta, dengan adanya pengetahuan dan kefahaman dalam AI serta transformasi digital, kita bukan sahaja berupaya mempertingkatkan keupayaan diri malah dapat membawa perubahan yang bermakna kepada masyarakat,” katanya.

–Bernama

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Terowong Genting 16.39km berjaya ditembusi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.