Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • HHFS, Hab Hidrogen Hijau di Terengganu mampu tarik pelabur serantau, antrabangsa – PM Anwar
  • SEMASA

HHFS, Hab Hidrogen Hijau di Terengganu mampu tarik pelabur serantau, antrabangsa – PM Anwar

Utusan Sarawak 9 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) sejurus menyempurnakan Majlis Peluncuran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hub Hidrogen Hijau di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir, hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (dua, kanan) dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (dua, kiri). Foto BERNAMA

KUALA BERANG:  Projek Solar Terapung Hibrid Hidro (HHFS) dan Hab Hidrogen Hijau di Terengganu yang dilancarkan hari ini, mampu menarik pelabur daripada negara serantau dan antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata projek tenaga alternatif baharu, bersih dan hijau hasil kerjasama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu juga, bertepatan dengan aspirasi tenaga hijau yang dipersetujui pada peringkat antarabangsa dan dasar tenaga Malaysia.

“Sekarang, di Kenyir ini merupakan pemusatan minat pelabur antarabangsa, bukan sahaja Terengganu malah Kenyir ini akan menjadi tarikan. Projek ini juga berjaya dilaksanakan dengan baik dan cepat,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran HHFS dan Hab Hidrogen Hijau di Terengganu di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud di Kenyir hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi TNB Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid dan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Projek HHFS dan Hab Hidrogen Hijau yang dilancarkan itu bertujuan meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam rantaian nilai hidrogen hijau, di samping menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR).

Hab Hidrogen Hijau merupakan kerjasama strategik antara Petronas dan TNB, manakala HHFS pula merupakan kerjasama antara anak syarikat penjanaan kuasa TNB, TNB Genco Sdn Bhd dan anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Inc.

Projek perintis HHFS di Empangan Tasik Kenyir mempunyai kapasiti 100 kilowatt (kW) dan meliputi keluasan 1,085 meter persegi dengan 220 panel solar.

Ia membuktikan Tasik Kenyir seluas 36,900 hektar itu mempunyai potensi besar untuk pembangunan solar terapung, dengan sehingga 10 peratus daripada permukaannya boleh digunakan bagi menjana anggaran 2,200 MW tanpa menjejaskan ekologi tasik.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata projek tersebut juga mempunyai kaitan dengan projek Grid Tenaga ASEAN, yang merupakan inisiatif mega yang akan bermula dengan projek kabel dasar laut menghubungkan Vietnam ke Kota Bharu, Kelantan, sebelum disambung ke grid Semenanjung Malaysia dan seterusnya ke Singapura.

“Maknanya dari Vietnam ada projek kabel bawah dasar laut ke Kelantan dan terpaksa bina grid baru. Grid yang lama dianggap kecil.

“Jadi grid baharu ini akan bermula dari Kelantan lepas ini Terengganu, dan saya percaya mesti menyambung kepada keupayaan dan infrastruktur di sini, di Kuala Berang, Kenyir sehinggalah ke Pahang, menembusi sebahagian Selangor, Johor dan Singapura,” kata beliau.

Sehubungan itu Perdana Menteri berkata projek HHFS dan Hab Hidrogen Hijau di Terengganu itu sangat penting dan semua pihak berkaitan harus bekerjasama untuk menyegerakannya.

Dalam pada itu Anwar menyeru Petronas dan TNB mencari kaedah untuk memberi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), termasuk peningkatan kemahiran kepada anak-anak tempatan khususnya daripada Kuala Berang di Hulu Terengganu.

Beliau berkata kementerian berkaitan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia bersama Kerajaan Negeri Terengganu selain Petronas dan TNB perlu  mengadakan beberapa program latihan khas buat anak-anak tempatan.

“Saya nak pastikan supaya anak Kuala Berang sendiri dipilih untuk diberi latihan, supaya nanti rakyat di Kuala Berang tidak kata ada projek besar di sini, tapi anak-anak kami takkanlah setakat buka restoran kecil sahaja atau tukang pembersih.

“Eloklah dirancang (pemberian latihan untuk rakyat Kuala Berang) supaya ada tempat anak-anak dari Kuala Berang dan Terengganu juga diberi latihan khusus. Jadi, saya harap ini dapat disegerakan,” kataPerdana Menteri.– Bernama

Continue Reading

Previous: Jenazah rakyat Malaysia mangsa feri karam di Indonesia selamat dikebumikan di Jawa Timur
Next: Hannah harap Pearly- Thinaah fokus permainan lepas tandatangan kontrak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.