Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kerjasama PTTEP-UTS buka laluan pembangunan tenaga mahir tempatan
  • PENDIDIKAN

Kerjasama PTTEP-UTS buka laluan pembangunan tenaga mahir tempatan

Utusan Sarawak 13 hours ago
KHAIRUDDIN (dua kanan) bertukar perjanjian biasiswa bersama Padsakorn sambil disaksikan oleh Thakerngchai dan Mohd Shahril.

SIBU: PTTEP Sarawak Oil Limited hari ini memeterai perjanjian biasiswa jangka panjang dengan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) bagi menaja sepenuhnya pengajian kejuruteraan pelajar Sarawak, sekali gus membuka laluan kepada pembangunan tenaga mahir tempatan.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid dan Pengurus Aset Malaysia, Padsakorn Suwanruji, serta disaksikan oleh Ketua Aset Malaysia Sarawak, Thakerngchai Sangvaree dan Timbalan Naib Canselor UTS, Profesor Dr Mohd Shahril Osman.

Melalui program biasiswa itu, pelajar akan mengikuti program Asasi Sains (FIS) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal atau Elektrik, dengan tempoh keseluruhan lima tahun.

Selain dibiayai sepenuhnya, penerima biasiswa turut diberi keutamaan untuk diserap bekerja di operasi global PTTEP selepas tamat pengajian.

Khairuddin dalam ucapannya berkata, inisiatif itu bukan sekadar bantuan kewangan tetapi merupakan pembangunan menyeluruh ke arah melahirkan jurutera berkemahiran tinggi dari Sarawak.

“Keputusan PTTEP memilih UTS sebagai satu-satunya institusi di Malaysia Timur untuk program ini mencerminkan keyakinan mereka terhadap pencapaian akademik, komitmen kami terhadap pembangunan pelajar serta potensi bakat tempatan,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan pengumuman kerajaan Sarawak berhubung pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) bagi program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bermula 2026, yang dijangka meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.

Sementara itu, Padsakorn berkata, kerjasama strategik bersama UTS merupakan sebahagian daripada usaha PTTEP dalam memacu pembangunan komuniti melalui pendidikan berkualiti.

“Biasiswa ini mencerminkan kepercayaan kami bahawa pendidikan adalah pemacu utama pertumbuhan mampan. Kami mahu menyokong bukan sahaja para pelajar, tetapi turut memberi kesan positif kepada komuniti mereka,” katanya.

Menurutnya, PTTEP turut menekankan aspek pembangunan insan selain eksplorasi tenaga, dan komited melabur dalam bakat tempatan dengan menyediakan latihan bertaraf dunia dan pendedahan global.

“Dengan sokongan yang betul, anak muda Sarawak mampu menjadi jurutera, inovator dan pemimpin masa depan,” katanya.

Program biasiswa kejuruteraan PTTEP-UTS ini merupakan sebahagian daripada kerangka tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, dan dijangka memberi impak jangka panjang terhadap kemajuan tenaga kerja tempatan serta pembangunan negeri.

Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Semangat hargai ibu bapa, guru perlu disemai sejak awal
Next: Ahmad Johnie tegas perjuang isu pendidikan, kemudahan asas di Parlimen Igan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.