Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SBA rasmi tamat penggantungan, sedia laksana pembangunan badminton Sarawak
  • SUKAN

SBA rasmi tamat penggantungan, sedia laksana pembangunan badminton Sarawak

Utusan Sarawak 21 hours ago
 SURAT pelepasan rasmi diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Ad Hoc SBA, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan kepada Setiausaha Kehormat SBA, Datuk Dr. Wan Khalik Wan Muhammad.

KUCHING: Persatuan Badminton Sarawak (SBA) menandakan permulaan baharu dalam sejarahnya apabila secara rasmi menerima Surat Pelepasan Penggantungan Pendaftaran yang ditandatangani oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Surat tersebut diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Ad Hoc SBA, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan kepada Setiausaha Kehormat SBA, Datuk Dr. Wan Khalik Wan Muhammad dalam satu majlis di Dewan Badminton SBA, Kuching.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia Suhardi Alias, serta wakil daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak bersama barisan ahli jawatankuasa SBA.

Penggantungan yang dikenakan sebelum ini ditamatkan selepas semakan semula oleh pihak kementerian melalui pelaksanaan langkah-langkah pembaharuan pentadbiran oleh Jawatankuasa Ad Hoc yang ditubuhkan khusus untuk menangani isu tersebut.

Datuk Dr. Wan Khalik turut merakamkan penghargaan kepada pihak kementerian dan semua pihak yang terlibat, khususnya Azizul atas kepercayaan yang diberikan terhadap pengurusan baharu SBA.

“Majlis ini bukan penutup kepada satu episod, tetapi menjadi permulaan kepada lembaran baharu pembangunan badminton di Sarawak,” ujar beliau.

Beliau menambah bahawa SBA kini dipimpin oleh Presiden baharu, Dato Sri Wan Lizozman Wan Omar yang beriltizam untuk membawa kecemerlangan sukan badminton melalui tadbir urus yang lebih baik serta penglibatan akar umbi yang menyeluruh.

Dengan pemulihan status pendaftaran, SBA komited melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk pembangunan bakat muda, penganjuran kejohanan dan kerjasama strategik di peringkat negeri dan kebangsaan.

SBA juga akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak serta Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dalam merangka pelan pembangunan menyeluruh untuk mengangkat sukan badminton Sarawak ke tahap lebih tinggi.

SBA turut menegaskan komitmennya terhadap prinsip integriti, ketelusan dan profesionalisme sebagai teras utama dalam setiap aspek operasi dan pentadbirannya.

Oleh Norman B.

Continue Reading

Previous: Karnival LuaSS 3.0 di SMK Luak 30-31 Ogos ini
Next: SMK Marudi ungguli Kejohanan Hoki MSS Bahagian Miri Bawah 18 Tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.