Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Saham bank bercampur-campur pada awal dagangan susulan penurunan OPR
  • BISNES

Saham bank bercampur-campur pada awal dagangan susulan penurunan OPR

Utusan Sarawak 20 hours ago

KUALA LUMPUR:  Saham-saham bank diniagakan secara bercampur-campur pada awal dagangan hari ini apabila penurunan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) memberi tekanan serta-merta ke atas margin faedah bersih (NIM) bank-bank.

Pada 10.02 pagi, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.29 dengan jumlah 2.06 juta saham diniagakan dan CIMB menambah dua sen kepada RM6.59 dengan 2.03 juta saham bertukar tangan.

Bagaimanapun, Maybank susut dua sen kepada RM9.68 dengan 358,200 saham diniagakan, manakala Hong Leong Bank turun lapan sen kepada RM19.28 dengan 19,700 saham bertukar tangan.

Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) dalam nota penyelidikannya hari ini berkata penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) lazimnya memberi tekanan ke atas NIM bank disebabkan oleh penetapan semula kadar pinjaman berubah yang berlaku serta-merta, berbeza dengan kadar deposit tetap (FD) yang hanya diselaraskan apabila mencapai tempoh matang.

Bagaimanapun, ia mendapati bank-bank di Malaysia telah bertindak lebih awal untuk mengurangkan kesan itu dengan menurunkan kadar promosi dan kadar FD konvensional sebanyak 5 hingga 20 mata asas (bps) sejak April, dengan menjangkakan berlakunya pemotongan kadar faedah.

“Langkah ini sepatutnya dapat mengurangkan kesan negatif serta-merta. Kami menganggarkan penurunan OPR sebanyak 25 mata asas akan membawa kepada penguncupan NIM sebanyak 3-4 mata asas dan pengurangan 2-3 peratus dalam unjuran keuntungan kami, tidak termasuk potensi keuntungan penilaian semasa pasaran ke atas portfolio bon dan pengurangan dalam kadar ingkar bayar,” menurut HLIB.

Sementara itu, RHB Investment Bank (RHB IB) berpendapat penurunan kadar itu dijangka tidak memberi kesan material kepada bank-bank, memandangkan keperluan rizab berkanun (SRR) telah dikurangkan kepada satu peratus (daripada dua peratus) pada Mei.

“Tindakan BNM untuk melepaskan kecairan tambahan ke dalam sistem melalui pengurangan SRR pada Mei daripada dua peratus kepada satu peratus sepatutnya dapat membantu mengimbangi sebahagian besar kesan daripada penurunan OPR.

“Kami mencadangkan keuntungan sektor selepas cukai dan kepentingan minoriti boleh meningkat secara terkumpul sebanyak 1.3 peratus hasil daripada penurunan SRR sebanyak 1 mata peratus,” kata bank pelaburan itu.

Sehubungan itu, HLIB mengekalkan saranan “Overweight” ke atas sektor itu kerana ia melihat penurunan OPR pada awal separuh kedua 2025 sebagai perkembangan yang positif.

Bagi RHB IB pula, mengambil pendirian “neutral” terhadap sektor itu dan mengunjurkan kesan penurunan OPR harus diimbangi secara meluas melalui pengurangan SRR.

Jawatankuasa dasar monetari BNM telah mengurangkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada 9 Julai, dengan kadar tertinggi dan terendah koridor OPR masing-masing dikurangkan kepada 3.0 peratus dan 2.5 peratus.– Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi selepas penurunan OPR tingkatkan sentimen
Next: MARGMA gesa rundingan tarif dengan AS berkaitan kenaikan duti sarung tangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.