Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen Derma Darah akan diadakan di BBP Bintangor Sabtu ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Kempen Derma Darah akan diadakan di BBP Bintangor Sabtu ini

Utusan Sarawak 1 day ago
DERMA- INFOGRAFIK Kempen Derma Darah. Foto BBP Bintangor.

BINTANGOR: Orang ramai digesa untuk tampil menderma darah sempena Kempen Derma Darah yang akan diadakan pada Sabtu ini, bermula 08.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat di lobi utama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata kempen yang dianjurkan secara bersama oleh BBP Bintangor dan Unit Tabung Darah Hospital Sarikei ini bertujuan menambah bekalan darah di hospital serta memupuk semangat prihatin dalam kalangan masyarakat.

“Kempen ini bukan sekadar usaha kebajikan, tetapi juga cerminan komitmen pihak kami untuk sentiasa bersama masyarakat dalam segenap aspek.

“Kami mengajak seluruh warga Bintangor dan kawasan sekitarnya, sama ada yang pernah atau belum pernah menderma darah, agar turut serta. 

“Setitis darah anda mampu menyelamatkan nyawa,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, semua penderma darah diminta membawa dokumen penting seperti kad pengenalan dan buku penderma darah. 

“Bagi mereka yang pertama kali menderma darah, mereka diminta untuk mendaftar bagi mendapatkan buku tersebut.

“Kempen ini juga memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih dekat dengan perkhidmatan bomba dan sama-sama menyumbang kepada misi menyelamatkan nyawa,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiga projek RTP siap, komuniti luar bandar Sarikei terima manfaat
Next: Mesyuarat Pengurusan KEMAS Sarawak fokus penambahbaikan aset dan kewangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.