Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima dua kunjungan hormat hari ini
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima dua kunjungan hormat hari ini

Utusan Sarawak 11 hours ago
KUNJUNGAN hormat pertama adalah daripada delegasi Pusat Biodiversiti Sarawak yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato Dr. Yeo Tiong Chia. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi telah menerima dua kunjungan hormat di Astana Negeri di sini, hari ini.

Kunjungan hormat pertama adalah daripada delegasi Pusat Biodiversiti Sarawak yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato Dr. Yeo Tiong Chia.

Tujuan utama kunjungan hormat diadakan adalah bagi berkongsi maklumat kepada Tun Wan Junaidi berhubung kemajuan Sarawak dalam pendokumentasian pengetahuan tradisional serta pelaksanaan mekanisme Akses dan Perkongsian Faedah berkaitan sumber biodiversiti dan pengetahuan warisan komuniti.

Dalam kunjungan ini, SBC turut menjelaskan inisiatif memanfaatkan rangka kerja ABS sebagai landasan bagi meningkatkan taraf hidup komuniti luar bandar melalui komersialisasi pengetahuan tradisional mereka.

Tun Wan Junaidi menyokong komitmen SBC dan mengesyorkan pihak SBC untuk mengambil kira idea bagi menubuhkan sebuah premis bagi memasar dan memperkenalkan produk yang dihasilkan.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Puan Margarita Naming, serta Pegawai Tadbir Korporat SBC Cik Asha Devi Kaushal.

KUNJUNGAN hormat kedua daripada Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sarawak 2025 diketuai oleh Dato Sri Lee Kim Shin selaku Menteri Bertanggungjawab yang turut diiringi oleh AJK sambutan termasuklah Datuk Dr. Penguang Manggil, Datuk Hajah Rosey Haji Yunus, Datuk Gerawat Gala, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, dan Datuk Dr. Ripin Lamat. Foto Astana Negeri Sarawak

Sementara itu, kunjungan hormat kedua daripada Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sarawak 2025 diketuai oleh Dato Sri Lee Kim Shin selaku Menteri Bertanggungjawab yang turut diiringi oleh AJK sambutan termasuklah Datuk Dr. Penguang Manggil, Datuk Hajah Rosey Haji Yunus, Datuk Gerawat Gala, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Datuk Dr. Ripin Lamat.

Dalam pertemuan tersebut, Dato Sri Lee menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah sebagai Tetamu Kehormat pada acara yang bakal diadakan.

Beliau juga memberi penerangan mengenai perkembangan persiapan terkini sambutan Hari Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada 22 Julai depan di Bahagian Miri.

Turut hadir Residen Bahagian Miri Datu Hii Chang Kee, Tuang Galong Luang, serta ketua-ketua agensi terlibat dalam penganjuran sambutan tersebut.

-Astana Negeri Sarawak

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia kekal optimistik terhadap hasil rundingan tarif dengan AS
Next: Nicholas Wung questions Chong’s conduct, says seat increase key to Sarawak’s democratic progress

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.