Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Kes bunuh libatkan polis trafik dipindah ke Mahkamah Tinggi
  • MAHKAMAH

Kes bunuh libatkan polis trafik dipindah ke Mahkamah Tinggi

Utusan Sarawak 14 hours ago

KUCHING:  Mahkamah Majistret di sini memerintahkan kes anggota polis trafik Bukit Aman yang dituduh mengakibatkan kematian seorang lelaki di Jalan Stephen Yong di sini, April lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. 

Perintah itu dikeluarkan Majistret Ling Hui Chuan selepas pihak pendakwaan mengemukakan laporan bedah siasat bagi menyokong permohonan untuk memindahkan kes yang dihadapi tertuduh, Genesis Nitchell David Reddy, 30.

Timbalan Pendakwa Raya Adriana Maisarah Mohd Farid memaklumkan pertuduhan baharu akan difailkan di Mahkamah Tinggi dalam tempoh terdekat, namun tiada tarikh sebutan ditetapkan setakat ini.

Genesis, yang berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Unit Trafik Bukit Aman, didakwa membunuh Muhammad Zaki Iderus, 34, yang maut akibat terkena tembakan semasa berada di dalam sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Stephen Yong di sini pada 26 April.

Pada 7 Mei lepas, anggota polis itu dituduh di Mahkamah Majistret di sini, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Genesis, diwakili peguam Russel Lim, Brenden Ting dan Zoe Chan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pemilik akaun TikTok diarah bayar RM100,000 kepada Rosmah kerana fitnah
Next: Mahkamah benarkan SPRM pinda notis usul beku aset luar negara keluarga Daim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.