Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AMM ke-58: Anwar terima kunjungan hormat Menteri-Menteri Luar, Setiausaha Agung ASEAN
  • SEMASA

AMM ke-58: Anwar terima kunjungan hormat Menteri-Menteri Luar, Setiausaha Agung ASEAN

Utusan Sarawak 10 hours ago

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (enam dari kiri) bergambar bersama negara anggota ASEAN, Timor-Leste — mengambil bahagian sebagai pemerhati — dan Setiausaha Agung ASEAN untuk berjabat tangan tradisional pada majlis perasmian Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menerima kunjungan hormat daripada Menteri-Menteri Luar yang menandakan permulaan siri libat urus peringkat tinggi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengetuai rakan sejawatnya dari ASEAN dalam pertemuan itu yang berlangsung sebelum majlis perasmian yang disempurnakan oleh Anwar.

Antara yang hadir ialah Menteri Luar Kedua Brunei Datuk Seri Setia Erywan Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn, Menteri Luar Indonesia Sugiono dan Menteri Luar Laos Thongsavanh Phomvihane.

Turut serta Setiausaha Luar Filipina Ma. Theresa P. Lazaro, Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Luar Thailand Maris Sangiampongsa dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam Bui Thanh Son.

Menteri Luar dan Kerjasama Timor-Leste Bendito dos Santos Freitas turut menghadiri mesyuarat itu selaras dengan status semasa negara itu sebagai pemerhati dalam ASEAN.

Hadir sama dalam pertemuan yang berlangsung selama 30 minit itu ialah Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn. 

AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.

Lebih 1,500 perwakilan dari negara anggota ASEAN dan rakan dialog luar menyertai 24 mesyuarat peringkat menteri yang berlangsung selama empat hari.– Bernama

Continue Reading

Previous: Penduduk luar bandar dapat perhatian lebih dengan penambahan kerusi DUN
Next: Tarif AS: Penangguhan beri masa untuk Malaysia capai terma lebih baik – CIMB Securities

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.