Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program agihan bubur asyura Kampung Tengah Simanggang
  • WILAYAH

Program agihan bubur asyura Kampung Tengah Simanggang

Utusan Sarawak 6 hours ago
PROGRAM Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura yang diadakan bersempena sambutan Hari Asyura di Masjid Lama, Kampung Tengah, Simanggang dekat sini semalam. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Semangat kerjasama dan silaturahim dalam kalangan penduduk Kampung Tengah terus disemarakkan menerusi penganjuran Program Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura yang diadakan bersempena sambutan Hari Asyura di Masjid Lama, Kampung Tengah, Simanggang dekat sini semalam.

Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Lama Kampung Tengah itu berlangsung dengan penuh kemeriahan itu menyaksikan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang berganding bahu dari awal pagi bagi menyediakan bubur asyura.

Menurut Guru Takmir Masjid Lama Kampung Tengah, Ustaz Syaifullah Ismail berkata antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah gotong-royong menyediakan bahan, proses memasak bubur secara berkumpulan dan pengagihan bubur asyura kepada jemaah serta penduduk sekitar.

“Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kebersamaan dan gotong-royong dalam kalangan masyarakat setempat, selain enghidupkan amalan tradisi dan sunnah berkaitan Hari Asyura.

“Ia turut berperanan menjadikan masjid sebagai pusat penyatuan ummah dan aktiviti komuniti. Program ini bukan sahaja memberi ruang kepada penduduk untuk beramal dan berinteraksi secara sihat, malah turut menggalakkan penglibatan generasi muda dalam aktiviti masjid,” katanya.

PROGRAM Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura yang diadakan bersempena sambutan Hari Asyura di Masjid Lama, Kampung Tengah, Simanggang dekat sini semalam. Foto: Adi Safarman

Beliau berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, sebagai usaha menyuburkan semangat kekeluargaan Islam dan keberkatan berkongsi rezeki.

Program yang berakhir sekitar tengah hari dengan suasana penuh ukhuwah dan ceria, menggambarkan semangat sebenar komuniti Islam yang harmorni.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM130 juta naik taraf jalan di Tinjar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.