Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan Kong Chih Wei dinobatkan juara Piala Sepak Takraw KESIJA
  • SUKAN

Pasukan Kong Chih Wei dinobatkan juara Piala Sepak Takraw KESIJA

Utusan Sarawak 1 day ago
TAHNIAH…Pasukan Kong Chih Wei Team muncul juara Pertandingan Sepak Takraw Piala Kelab Sepak Takraw Sibu Jaya (KESIJA) 2025.

SIBU: Pasukan Kong Chih Wei Team muncul juara Pertandingan Sepak Takraw Piala Kelab Sepak Takraw Sibu Jaya (KESIJA) 2025 yang berlangsung selama dua hari di Dewan Sepak Takraw Kampung Bandong, di sini.

Dengan kejayaan itu, pasukan tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM500, berserta piala pusingan, piala iringan dan medal.

Naib johan disandang pasukan Cari Tambang B yang menerima ganjaran RM300 berserta piala dan medal, manakala tempat ketiga bersama menjadi milik Miller Club dan Revolution, masing-masing meraih RM150 berserta piala dan medal.

Sebanyak 39 regu dari seluruh Bahagian Sibu serta kawasan lain termasuk Miri, Samarahan, Song, Kanowit dan Mukah telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung pada 5 dan 6 Julai lalu.


Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Kaunselor Sean Wong Jiun Jieh yang juga merupakan Ahli Parti Demokratik Progresif (PDP) Cawangan Bawang Assan.

Menurut jurucakap penganjur, pertandingan yang mendapat sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh itu bukan sahaja bertujuan menguji ketahanan fizikal dan mental para pemain, malah turut berperanan memperkukuh semangat persaudaraan dalam kalangan masyarakat.

“Melalui sukan, kita bukan sahaja belajar untuk menang, tetapi juga untuk menghormati pihak lawan, menerima kekalahan dengan hati terbuka serta merayakan kemenangan dengan rendah hati,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sokongan penuh pembangunan sukan pickleball
Next: Separuh Maraton Jambatan Tuanku Haji Bujang Sarikei 2025, 24 Ogos ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.