Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kumpulan nasyid Malaysia cipta impak di Festival Algeria
  • HIBURAN

Kumpulan nasyid Malaysia cipta impak di Festival Algeria

Utusan Sarawak 18 hours ago
KUMPULAN nasyid Malaysia, Inteam memukau para penonton pada Festival Alunan Nasyid Antarabangsa Constantine ke-11 di Algeria.

NEW DELHI: Kumpulan nasyid Malaysia, Inteam memukau para penonton pada Festival Alunan Nasyid Antarabangsa Constantine ke-11 di Algeria menerusi persembahan sulung mereka di Afrika Utara yang berjaya merentasi batas budaya dan bahasa.

Dengan mengenakan busana tradisional Melayu, kumpulan itu menyampaikan persembahan penuh penghayatan dan menyerlah dalam kalangan sembilan kumpulan luar negara yang dijemput termasuk dari Oman, Tunisia, Belgium, Jordan, Senegal, Syria, Tanzania dan Bosnia ke festival berprestij yang diadakan di bandar bersejarah Constantine dari 25 hingga 30 Jun.

“Busana tradisional Melayu mereka mencetuskan minat dan kekaguman dalam kalangan penonton antarabangsa. Pendekatan diplomasi budaya ini menambah sentuhan istimewa kepada persembahan seni mereka,” kata Duta Besar Malaysia ke Algeria, Rizany Irwan Muhamad Mazlan kepada Bernama hari ini.

Inteam merupakan satu daripada sembilan kumpulan antarabangsa yang dijemput membuat persembahan pada edisi ke-11 Festival Alunan Nasyid Antarabangsa Constantine (Mahrajan Al Inshad Al Duwali) di bandar Constantine, timur laut Algeria. 

Acara itu turut disertai tujuh kumpulan dari Algeria serta peserta dari Oman.

Inteam menggambarkan jelajah pertama mereka ke Afrika Utara sebagai sebuah perjalanan yang melangkaui sempadan bahasa, negara dan budaya menerusi nasyid. 

Penyertaan Inteam dalam festival berprestij itu memperkukuh kehadiran Malaysia di peringkat antarabangsa serta membuka peluang kepada kerjasama lebih luas dalam platform seni antarabangsa pada masa hadapan.

“Kehadiran mereka menjadi bukti peranan seni persembahan Islam dalam menyemai perpaduan dan saling menghormati antara budaya,” kata Rizany.

Sepanjang festival itu, turut diadakan bengkel latihan belia dan seminar yang menumpukan kepada usaha memelihara warisan muzik dan memupuk dialog antara budaya.

-Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Tonjolkan bakat di pentas terbuka sejak usia muda
Next: Dadali pukau lebih 1,600 peminat di konsert ‘Dadali – Sebuah Kisah Volume 1’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.