Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kekangan benih, pemasaran beras dibangkitkan dalam mesyuarat pertanian DUN Lingga
  • Selatan
  • WILAYAH

Kekangan benih, pemasaran beras dibangkitkan dalam mesyuarat pertanian DUN Lingga

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DAYANG Noorazah menghadiri mesyuarat bersama agensi kerajaan bagi membincangkan status pembangunan pertanian di kawasan DUN Lingga di Pejabat Pertanian Bahagian Sri Aman, kelmarin. Foto: ADUN Lingga

SIMANGGANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor telah menghadiri mesyuarat bersama beberapa agensi kerajaan bagi membincangkan status semasa pembangunan pertanian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, bertempat di Pejabat Pertanian Bahagian Sri Aman, semalam.

Mesyuarat tersebut melibatkan penyertaan daripada Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman.

Dayang Noorazah berkata perbincangan ini penting untuk memastikan projek pertanian khususnya penanaman padi yang dirancang dapat memberi manfaat kepada para petani dan penduduk setempat.

Beliau menambah, ia selaras dengan usaha kerajaan Sarawak untuk meningkatkan bekalan beras tempatan dan lain-lain tanaman di dalam negeri ini.

“Terdapat kekangan yang dihadapi oleh pihak IADA dan Bernas bagi meningkatkan hasil beras putih di kawasan penempatan Jelapang Padi Batang Lupar khususnya di kawasan Blok C Tanjung Bijat.

“Antaranya ialah kekangan bekalan benih padi moden varieti MR315, ia hanya bergantung bekalan benih daripada Semenanjung Malaysia.

“Komuniti setempat kurang atau tidak minat untuk menanam padi moden varietu MR315 dan lebih memilih untuk menanam beras varieti tradisional di kawasan blok C seluas 83 hektar,” kataya.

Tambah beliau, kekangan yang dihadapi iaitu pemasaran produk beras hasil daripada tanaman pihak pengusaha di Blok C Tanjung Bijat kurang diperluaskan. 

“Terdapat satu jenama Beras ‘Merpati’ telah dikeluarkan oleh pengusaha MSE Empire dengan kerjasama Bernas telahpun dijual di Pasaraya Lepapa seberat 5 kilogram (kg) dengan harga RM18 sekampit,” ujarnya.

Beliau menegaskan komitmennya untuk terus menjadi pendengar kepada suara petani serta pemain industri pertanian demi memastikan kemajuan ekonomi masyarakat luar bandar melalui sektor pertanian.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KMKK berdisiplin laksana tanggungjawab demi kesejahteraan komuniti
Next: Doris sumbang kerusi roda kepada penduduk memerlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.