Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Rundingan pembelian TikTok hampir selesai, AS mula berbincang dengan China – Trump  
  • SEMASA

Rundingan pembelian TikTok hampir selesai, AS mula berbincang dengan China – Trump  

Utusan Sarawak 24 hours ago
GAMBAR hiasan.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan bahawa rundingan bagi perjanjian untuk mengambil alih platform media sosial TikTok daripada syarikat China, ByteDance, hampir dimuktamadkan, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

Trump berkata perbincangan mengenai perkara itu dengan Beijing dijadualkan pada Isnin atau Selasa (7 atau 8 Julai).

“Kita pada asasnya sudah ada perjanjian sekarang. Saya fikir kita akan mula berbincang dengan China pada Isnin atau Selasa, mungkin dengan Presiden Xi Jinping atau wakilnya.

“Kami berpendapat kami mungkin perlu mendapatkan kelulusan daripada China. Tidak semestinya, tetapi mungkin,” kata pemimpin AS itu kepada wartawan ketika berada di dalam pesawatnya.

Pada 29 Jun, Trump memberitahu Fox News bahawa “sekumpulan individu yang sangat kaya” bersedia untuk membeli TikTok daripada ByteDance. Beliau turut memaklumkan bahawa beliau mungkin akan mengumumkan nama pembeli berkenaan dalam tempoh kira-kira dua minggu.

Sementara itu, jurucakap Kedutaan China di AS, Liu Pengyu, memberitahu TASS bahawa Beijing akan mematuhi undang-undang dan peraturannya dalam perkara berkaitan TikTok.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Naib canselor universiti diarah kaji kesan peluasan skop SST terhadap mahasiswa
Next: Pemain Liverpool tiba di Portugal, pengebumian Diogo Jota

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.