Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rapatkan hubungan antara komuniti pelbagai kaum agama, latar belakang
  • Selatan
  • WILAYAH

Rapatkan hubungan antara komuniti pelbagai kaum agama, latar belakang

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Sri Doris Sophia Brodie merasmikan Majlis ‘Ngiling Tikai’ KRT Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, malam tadi. Foto Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Penganjuran program sosial dan kebudayaan mencerminkan peranan penting Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam merapatkan hubungan antara komuniti berbilang kaum, agama, dan latar belakang.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata, ia merupakan contoh terbaik bagaimana nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, kerjasama, dan keprihatinan sesama jiran dapat dipupuk secara berterusan dalam kalangan masyarakat.

“Penganjuran sesebuah program kemasyarakatan melibatkan pelbagai aktiviti berjaya menghimpunkan penduduk setempat dari pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh mesra dan harmoni mengukuhkan lagi semangat kejiranan serta memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain.

“KRT bukan sahaja berfungsi sebagai penghubung antara masyarakat dengan agensi kerajaan, tetapi juga sebagai pemangkin kepada perpaduan melalui aktiviti sosial dan kebudayaan yang inklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis ‘Ngiling Tikai’ KRT Bahagian Sri Aman yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman, malam tadi.

Doris turut menambah bahawa program sebegini memberi ruang kepada masyarakat untuk lebih mengenali dan memahami kepelbagaian budaya yang ada, sekali gus mengurangkan jurang perbezaan dan meningkatkan toleransi.

“Penganjuran program ini jelas menunjukkan peranan aktif KRT dalam memperkukuh perpaduan serta membina masyarakat yang bersatu padu, seiring dengan aspirasi negara ke arah keharmonian dan integrasi nasional,” katanya.

Sebagai tanda sokongan terhadap usaha KRT Bahagian Sri Aman, Doris turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 bagi menyokong pelaksanaan aktiviti dan program komuniti yang lebih inklusif dan berimpak.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Komuniti MADANI terus galak perpaduan, kesedaran keselamatan
Next: Pembinaan Jalan Lingga-Banting, projek penting dinanti penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.