Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 500 pengunjung hadir meriahkan sambutan Majlis Makan Tahun di Bekenu
  • Utara
  • WILAYAH

500 pengunjung hadir meriahkan sambutan Majlis Makan Tahun di Bekenu

Utusan Sarawak 1 day ago

MERIAH… Kelihatan orang ramai hadir memeriahkan sambutan Majlis Makan Tahun anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Angus hari ini.

BEKENU: Seramai sekitar 500 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Majlis Makan Tahun anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Angus di sini hari ini. Kemeriahan majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni, dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Sharkawi Suhaili.

Majlis itu dimulakan dengan doa selamat pada 9.00 pagi, diikuti dengan pelbagai hidangan masakan dan kuih-muih yang disediakan oleh penduduk kampung.

Pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama turut menerima bungkusan bekal berupa kelupis, yang menjadi hidangan wajib pada setiap Majlis Makan Tahun di sini.

Pada asalnya, majlis ini diadakan selepas musim menuai padi sebagai tanda kesyukuran atas hasil padi yang diperoleh oleh penduduk kampung.

Sehingga kini, majlis tersebut telah menjadi satu kewajiban masyarakat Kedayan untuk terus mengadakannya agar tradisi ini tidak lenyap ditelan zaman.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Geran MRP bantu perkasa program komuniti di Meradong
Next: Projek perumahan pacu pembangunan pesat Daerah Subis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.