Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Perlumbaan Bot Laju Sarikei kembali selepas 9 tahun
  • SUKAN

Perlumbaan Bot Laju Sarikei kembali selepas 9 tahun

Utusan Sarawak 1 day ago
INFOGRAFIK Perlumbaan Bot Laju Sarikei 2025.

SARIKEI: Selepas sembilan tahun menyepi, perlumbaan bot laju paling dinanti-nantikan kini kembali menggegarkan Daerah Sarikei menerusi Perlumbaan Bot Laju Sarikei 2025.

Perlumbaan itu dijadual berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Ogos 2025, bersempena dengan Pesta Sarikei 2025 bertempat di kawasan tebingan Terminal Penumpang 1.

Acara berprestij ini dianjurkan oleh Pejabat Residen Bahagian Sarikei dengan kerjasama Pejabat Daerah Sarikei, dan dijadualkan berlangsung dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari sepanjang tempoh tiga hari penganjuran.

Tahun ini, perlumbaan terbuka kepada semua peserta tempatan dan luar, dengan lapan kategori utama dipertandingkan iaitu SST 60 Formula 3 Class, SST 45 Formula Lights, 50 HP Tunnelboat, 30 HP 3CYL Tunnelboat, 30 HP 2CYL Tunnelboat, 18 HP Tunnelboat, 18 HP Longboat, dan 5HP Openboat Class.

Jumlah keseluruhan wang tunai yang bakal menjadi rebutan adalah bernilai RM49,250.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Jawatankuasa Kerja Perlumbaan Bot Laju Sarikei 2025 di Pejabat Daerah Sarikei, Aras 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei dengan menghubungi Yazmin, Sheren, atau Shanta di talian 084-656721, 084-655371, atau 084-656725.

Manakala untuk urusan pendaftaran peserta, sila hubungi Connie Edmund di nombor 017-8090669.

Orang ramai dan peminat sukan permotoran air dijemput hadir memeriahkan suasana dan menyaksikan kehebatan jentera air dari seluruh negara berlumba di perairan Sarikei.

Oleh Earl Anek

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Ribuan beri penghormatan terakhir kepada Jota di Portugal
Next: Wan Arif-Roy King berdepan kekeliruan adaptasi falsafah Herry – Rexy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.