Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Mohd Azam dilantik Ketua Pengarah Pendidikan baharu berkuat kuasa 7 Julai
  • PENDIDIKAN

Mohd Azam dilantik Ketua Pengarah Pendidikan baharu berkuat kuasa 7 Julai

Utusan Sarawak 19 hours ago
TIMBALAN Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) Dr Mohd Azam Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa 7 Julai. Foto Facebook Shamsul Azri Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Profesionalisme) Dr Mohd Azam Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa 7 Julai.

Beliau menggantikan Datuk Azman Adnan yang bersara wajib mulai 5 Julai. 

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan hari ini berkata beliau yakin dengan pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang pendidikan, Mohd Azam mampu memperkasakan sistem pendidikan negara ke arah yang lebih cemerlang.

“Pelantikan ini juga selari dengan hasrat untuk memartabatkan pendidikan berlandaskan nilai-nilai MADANI, demi kemajuan negara dan kemenjadian anak-anak Malaysia. Tahniah dan selamat menjalankan amanah!” katanya.

Mohd Azam memulakan khidmat dalam Perkhidmatan Awam pada 1 Mac 1989 sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Beliau mempunyai latar belakang akademik yang kukuh, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Melayu, Ijazah Sarjana dalam bidang Linguistik Wacana serta Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Strategik Komunikasi dari Universiti Malaya.

–Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kolej Universiti i-CATS gesa orang ramai kunjungi reruai pameran SCaT 2025
Next: YSISS ubah landskap pendidikan pelajar Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.