Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 17 mesin kripto dirampas, kegiatan haram guna sambungan elektrik tanpa meter
  • JENAYAH

17 mesin kripto dirampas, kegiatan haram guna sambungan elektrik tanpa meter

Utusan Sarawak 12 hours ago
 KABEL sambungan terus ditemui di dalam siling.

MIRI: Syarikat SESCO Berhad (SESCO), anak syarikat operasi dan runcit Sarawak Energy, dengan kerjasama pihak polis berjaya mengesan kes kecurian elektrik melibatkan aktiviti perlombongan mata wang kripto di sebuah rumah berkembar dua tingkat di Jalan Pujut, di sini.

Kegiatan haram itu dikenal pasti apabila bekalan elektrik disambung secara terus dari punca utama tanpa melalui meter menyebabkan kehilangan tenaga dianggarkan sebanyak RM7,000 sebulan. 

Dalam operasi tersebut, sebanyak 17 pelayan perlombongan mata wang kripto dan kabel penyambung haram telah dirampas.

Laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM200,000 atau penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

PASUKAN operasi memeriksa bahagian siling.

Menurut Sarawak Energy, perlombongan mata wang kripto memerlukan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi dan kebanyakan pengendali bertindak menyambung bekalan secara haram bagi mengurangkan kos operasi. 

Sambungan tanpa kebenaran turut disifatkan berbahaya kerana lazimnya memintas mekanisme keselamatan penting dan boleh menyebabkan risiko renjatan elektrik, kebakaran serta kerosakan kepada harta benda berdekatan.

Pemilik rumah turut disarankan agar sentiasa berwaspada dan melakukan pemeriksaan berkala terhadap premis mereka. 

Kegiatan perlombongan kripto secara haram boleh dikesan melalui penggunaan elektrik yang tidak menentu, perubahan pada peralatan meter dan bilik yang dilengkapi alat penyejuk sepanjang masa.

Walaupun penyewa bertanggungjawab atas perbuatan mereka, pemilik hartanah juga tidak terkecuali daripada tindakan jika gagal mengambil langkah berjaga-jaga.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pemuzik ditahan pukul rakan serumah
Next: Jabatan Pertanian Sarawak nafi terlibat dalam permintaan bayaran atau maklumat peribadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.