Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Hampir maut di padang pasir, Zahariz terbit kisah kayuhan solo 7,000 km dalam buku
  • INSPIRASI

Hampir maut di padang pasir, Zahariz terbit kisah kayuhan solo 7,000 km dalam buku

Utusan Sarawak 3 days ago

PENGEMBARA solo, Zahariz Khuzaimah bergambar bersama peminat selepas melancarkan bukunya bertajuk ‘Dengan Basikal Aku Merentas Benua Asia’ di Rodalink Flagship Store, Bangsar baru-baru ini. Buku setebal 287 halaman itu mendokumentasikan tahun pertama pengembaraan Zahariz pada 2010, ketika beliau meninggalkan kerjaya sebagai pensyarah untuk menjelajah China, Kazakhstan dan Kyrgyzstan hanya berbekalkan basikal dan keberanian. Foto BERNAMA

 KUALA LUMPUR: Suhu mencecah 52 darjah Celsius, air minuman hampir habis, dan pekan kecil yang diharapkan sebagai tempat rehat ternyata sudah musnah.

Detik-detik antara paling mencemaskan Zahariz Khuzaimah itu berlaku ketika beliau merentasi padang pasir Taklamakan di Xinjiang, China semasa pengembaraan berbasikal merentas tiga negara melibatkan jarak lebih 7,000 kilometer.

“Dalam peta kertas yang saya guna masa itu, ada ditandakan satu pekan kecil, tapi bila saya sampai, tempat itu sudah tidak wujud, telah hancur. 

“Air dah habis, suhu mencecah 52 darjah (Celsius). Saya rasa macam hampir mati, mujur diselamatkan tentera China,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis pelancaran buku Dengan Basikal Aku Merentas Benua Asia baru-baru ini.

PENGEMBARA solo, Zahariz Khuzaimah melancarkan bukunya bertajuk ‘Dengan Basikal Aku Merentas Benua Asia’ di Rodalink Flagship Store, Bangsar baru-baru ini. Buku setebal 287 halaman itu mendokumentasikan tahun pertama pengembaraan Zahariz pada 2010, ketika beliau meninggalkan kerjaya sebagai pensyarah untuk menjelajah China, Kazakhstan dan Kyrgyzstan hanya berbekalkan basikal dan keberanian. Foto BERNAMA


Kisah mencemaskan itu menjadi antara bab menarik yang dikongsikan dalam buku sulungnya hasil penulisan selama enam bulan berdasarkan diari perjalanannya sekitar 15 tahun lalu.

Buku setebal 287 halaman itu mendokumentasikan tahun pertama pengembaraan Zahariz pada 2010, ketika beliau meninggalkan kerjaya sebagai pensyarah untuk menjelajah China, Kazakhstan dan Kyrgyzstan hanya berbekalkan basikal dan keberanian.

Zahariz yang dikenali ramai menerusi vlog dan dokumentari pendek tentang pengembaraannya, berkata penulisan buku itu bertujuan merekodkan kisah lebih terperinci yang tidak sempat dikongsikan secara mendalam dalam bentuk video.

“Ramai dah tahu secara umum cerita saya melalui YouTube, tapi dalam video saya tak sempat ceritakan semuanya. Dalam buku ini, saya boleh kongsi lebih banyak, menerusi penulisan pembaca boleh mengambil masa dan mendalami,” katanya.

Selain cabaran fizikal dan emosi, buku itu juga memaparkan kisah-kisah kemanusiaan yang menyentuh hati, termasuk interaksi dengan komuniti Muslim di pedalaman China, pengalaman lucu ditawarkan berkahwin oleh keluarga tempatan serta perasaan sunyi yang mendalam ketika bersendirian di perantauan.

PENGEMBARA solo, Zahariz Khuzaimah (tengah) menandatangani buku peminat selepas melancarkan bukunya bertajuk ‘Dengan Basikal Aku Merentas Benua Asia’ di Rodalink Flagship Store, Bangsar baru-baru ini. Buku setebal 287 halaman itu mendokumentasikan tahun pertama pengembaraan Zahariz pada 2010, ketika beliau meninggalkan kerjaya sebagai pensyarah untuk menjelajah China, Kazakhstan dan Kyrgyzstan hanya berbekalkan basikal dan keberanian. Foto BERNAMA

Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Komputer, Reka Bentuk Grafik dan Animasi 3D daripada Wanganui School of Design, New Zealand itu berhasrat menerbitkan siri kedua pada masa depan.

Beliau mahu berkongsi pengalaman mengembara selama lebih sedekad ke pelosok dunia termasuk kawasan Artik meliputi Iceland, Scotland, Sweeden dan Norway. 

“Saya harap buku ini dapat memberi inspirasi kepada mereka yang mungkin sedang mencari makna hidup, atau yang pernah terfikir untuk keluar daripada rutin dan beranikan diri ke tempat yang mereka tak pernah bayangkan,” katanya.

Buku terbitan terhad itu dijual pada harga RM62 dan boleh didapati dengan menghubungi Zahariz melalui media sosialnya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Saintis marin wanita USM terima anugerah berprestij di Paris
Next: Pemuda Sarawak terpilih antara 10 terbaik Felo Pencipta Muda 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.