Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Mahasiswa UiTM Samarahan nikmati manfaat Program Jualan Rahmah MADANI
  • PENDIDIKAN

Mahasiswa UiTM Samarahan nikmati manfaat Program Jualan Rahmah MADANI

Utusan Sarawak 14 hours ago
SEIRING penganjuran Program Jualan Rahmah MADANI, satu sesi lawatan dan ramah mesra bersama warga kampus turut diadakan di YT Mart UiTM Samarahan, hari ini. Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Usaha berterusan kerajaan dalam membantu meringankan beban kos sara hidup diteruskan menerusi penganjuran Program Jualan Rahmah MADANI@Kampus Peringkat Sarawak yang sedang berlangsung dari 2 sehingga 5 Julai di YT Mart, Koperasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Samarahan.

Program tiga hari itu dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak dengan kerjasama YT Mart, Koperasi UiTM Kampus Samarahan 2 dan Gerakan Pengguna Siswa UiTM Samarahan.

Bertemakan semangat Payung Rahmah, program ini menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga berpatutan dan memberi tumpuan kepada golongan pelajar serta warga universiti.

PENGARAH KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin pada sesi lawatan penganjuran Program Jualan Rahmah MADANI di YT Mart UiTM Samarahan, hari ini. Foto UKAS

Inisiatif tersebut juga bertujuan mendidik mahasiswa agar menjadi pengguna bijak dan berhemah selari dengan pendekatan kerajaan dalam memperkasakan kesedaran pengguna dalam kalangan generasi muda.

Seiring penganjuran jualan tersebut, satu sesi lawatan dan ramah mesra bersama warga kampus turut diadakan hari ini.

Sesi tersebut menyaksikan kehadiran Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Dr Saimi Bujang, Timbalan Pendaftar (Memangku) Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar Norhayati Umar serta Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Pelajar Nurul Farahin Khalik.

Penganjuran program seperti ini selari dengan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, termasuk golongan pelajar yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

-UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sarawak Skills perkasa TVET, terima kunjungan delegasi dua negeri
Next: Pelajar SMK Bandar Sibu teroka peluang TVET di Kolej Komuniti Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.