Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SAINS, Bluesify meterai MoU perkukuh keselamatan siber Sarawak
  • SEMASA

SAINS, Bluesify meterai MoU perkukuh keselamatan siber Sarawak

Utusan Sarawak 14 hours ago
MAJLIS menandatangani MoU tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SAINS, Busiai Seman dan Pengarah Urusan Bluesify, Izman Ibrahim sambil disaksikan oleh Pengerusi SAINS, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sistem Maklumat Sarawak Sdn Bhd (SAINS) dan Bluesify Solutions Sdn Bhd (Bluesify) memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha memperkukuh keupayaan keselamatan siber dan mempercepat pembangunan bakat digital di Sarawak.

Majlis menandatangani MoU tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SAINS, Busiai Seman dan Pengarah Urusan Bluesify, Izman Ibrahim sambil disaksikan oleh Pengerusi SAINS, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, hari ini.

Dalam ucapannya, George Chan menegaskan bahawa kerjasama strategik ini akan menjadi pemangkin kepada pembinaan ekosistem digital Sarawak yang lebih kukuh, berdaya tahan dan dipercayai.

“Kerjasama hari ini bersama Bluesify Solutions menandakan satu perkongsian strategik yang akan memperkukuh keupayaan keselamatan siber Sarawak, yang merupakan teras penting dalam membina ekosistem digital yang tahan uji dan dipercayai,” katanya.

RAKAMAN gambar selepas majlis menandatangani MoU tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SAINS, Busiai Seman dan Pengarah Urusan Bluesify, Izman Ibrahim sambil disaksikan oleh Pengerusi SAINS, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, hari ini. Foto UKAS

Menurut beliau, kedua-dua pihak akan melaksanakan penyelesaian pengesanan dan tindak balas siber termaju dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan automasi yang mampu memberikan gambaran ancaman secara menyeluruh sambil mengutamakan kedaulatan data, keselamatan dan pematuhan kepada peraturan.

Kerjasama ini turut sejajar dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) Sarawak yang mengiktiraf keselamatan siber sebagai elemen penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi, inovasi dan keyakinan digital.

“Dengan memperkukuh daya tahan keselamatan siber dan kapasiti tenaga kerja, kita akan mempercepatkan perjalanan Sarawak ke arah ekonomi yang selamat, mampan dan maju secara digital, bersedia untuk merebut peluang baharu dalam era pascapandemik,” ujarnya lagi.

Beliau turut menegaskan komitmen SAINS dalam menerajui masa depan digital Sarawak melalui teknologi inovatif ke arah pembangunan mampan dan pertumbuhan inklusif.

MoU ini dijangka membuka lembaran baharu dalam memperkasa infrastruktur keselamatan siber negeri serta memperluas peluang kerjaya dalam bidang digital kepada bakat tempatan.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Isu penagihan dadah jenis ATS dalam perhatian kabinet – Hannah Yeoh
Next: Awang Tengah dilantik Pengerusi Komuniti KEMAS Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.