Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita rugi RM200,000 diperdaya pegawai SKMM, polis palsu
  • JENAYAH

Wanita rugi RM200,000 diperdaya pegawai SKMM, polis palsu

Utusan Sarawak 18 hours ago
GAMBAR hiasan.

MIRI: Seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM200,000 akibat terperdaya dengan panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah telah mengesahkan pihak Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah menerima laporan berhubung kejadian itu, hari ini.

“Mangsa yang merupakan seorang penjawat awam dan bertugas di Miri telah menerima panggilan telefon daripada dua nombor berbeza.

“Pemanggil mendakwa mangsa ada terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram menggunakan akaun bank atas namanya.

“Walaupun mangsa menafikan tuduhan itu, pemanggil meyakinkannya bahawa akaun bank miliknya telah disalah guna dan meminta kerjasama mangsa untuk memerangkap pegawai bank yang kononnya terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Farhan, mangsa kemudian diarahkan untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM220,000 dan menyerahkan butiran serta akses akaun bank kepada sindiket tersebut.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila mendapati wang sebanyak RM200,000 telah lesap daripada akaun banknya,” katanya lagi.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebat dan boleh didenda.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai panggilan daripada individu yang mendakwa sebagai pegawai pihak berkuasa.

Orang awam digesa membuat semakan nombor telefon dan akaun bank mencurigakan menerusi portal semakmule.rmp.gov.my sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Sebarang maklumat atau sekiranya menjadi mangsa penipuan siber, orang ramai digalakkan menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan yang sah, pengguna boleh merujuk laman rasmi Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Local man arrested in major drug bust at a commercial centre
Next: Lapan kru kapal tunda ditahan APMM di perairan Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.