Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kem 21 ketengahkan AI, Pemikiran Reka Bentuk selaras SDG
  • PENDIDIKAN

Kem 21 ketengahkan AI, Pemikiran Reka Bentuk selaras SDG

Utusan Sarawak 18 hours ago
BARISAN tetamu kehormat bersama peserta Program Kem 21: Menyepadukan Literasi 2025 di Muzium Budaya Borneo, hari ini sempena majlis penutupan.

KUCHING: Program Kem 21 mengetengahkan integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dan Pemikiran Reka Bentuk sebagai pendekatan pembelajaran yang bersifat masa depan serta selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Menurut Pengarah Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Zamzam Mohd Walid, pendekatan tersebut bukan sahaja memperkukuh kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar, malah menyemai rasa bangga terhadap warisan budaya yang dimiliki.

“Kem 21 bukan sekadar program penguasaan bahasa, tetapi satu inisiatif yang membentuk pelajar untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar secara kreatif, membuat keputusan secara bertanggungjawab serta berfikir secara kritis, dengan menjadikan budaya dan warisan sebagai asas pemikiran,” katanya.

PENYAMPAIAN HADIAH… Dr Zamzam menyampaikan replika cek kepada tiga kumpulan pemenang iaitu johan, naib johan dan tempat ketiga sempena anugerah pembentangan kumpulan terbaik Program Kem 21.

Beliau berkata demikian pada majlis Penutupan Program Kem 21: Menyepadukan Literasi 2025 di Muzium Budaya Borneo, hari ini.

Katanya, tema ‘Merentasi Masa: Di Persimpangan Warisan, Literasi, dan Kecerdasan Buatan’ mencerminkan misi program berkenaan untuk mengangkat kembali warisan budaya melalui pendekatan teknologi serta menarik minat generasi muda, khususnya dalam konteks institusi seperti muzium.

Menurut beliau, penglibatan seramai 80 pelajar dari pelbagai politeknik dan kolej komuniti seluruh negara memperlihatkan komitmen institusi pendidikan tinggi dalam melahirkan generasi pelajar yang komunikatif, kreatif dan celik teknologi.

Jelasnya, sepanjang empat hari program berlangsung, para peserta telah menyertai bengkel interaktif, projek kolaboratif dan pembentangan inovatif yang menekankan keterkaitan antara literasi, teknologi dan warisan budaya.

“Inisiatif seperti Kem 21 amat penting dalam usaha melahirkan pelajar yang bukan sahaja bersedia mendepani cabaran dunia masa kini dan masa hadapan, tetapi juga berakar pada nilai, identiti dan jati diri budaya sendiri,” tambahnya. 

Dr Zamzam berkata, program seperti ini selari dengan aspirasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk membentuk generasi yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing, bukan sahaja cekap dalam bidang profesional tetapi juga mampu menyumbang secara bermakna kepada pembangunan masyarakat.

Oleh Amanda L

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sarawak perkasakan laluan graduan diploma ke ijazah
Next: Sarawak Skills perkasa TVET, terima kunjungan delegasi dua negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.