Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Semua premis disasar miliki perakuan Bomba menjelang akhir tahun
  • TEMPATAN

Semua premis disasar miliki perakuan Bomba menjelang akhir tahun

Utusan Sarawak 15 hours ago
DATUK Ir. Ts. Ahmad Izram Osman menyampaikan cenderamata kepada Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian pada majlis perasmian Seminar Badan Peneraju Industri (ILB) Bidang Kebombaan Zon Utara 2025 di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

BINTULU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan semua premis yang ditetapkan di negara ini memiliki Perakuan Bomba (Fire Certificate – FC) yang berkuat kuasa sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ir. Ts. Ahmad Izram Osman berkata, daripada 9,321 premis ditetapkan sehingga Mei 2025, hanya 5,742 premis atau 61.6 peratus telah memiliki FC yang sah.

“Masih terdapat kira-kira 40 peratus premis yang belum memiliki Perakuan Bomba. 

“Justeru, kita sedang mempertingkatkan usaha agar pematuhan dapat mencapai 100 peratus sebelum tahun ini berakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Seminar Badan Peneraju Industri (ILB) Bidang Kebombaan Zon Utara 2025 di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

DATUK Amar Dr. Sim Kui Hian menyempurnakan simbolik perasmian Seminar Badan Peneraju Industri (ILB) Bidang Kebombaan Zon Utara 2025 di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

Menurutnya, premis yang memerlukan FC terdiri daripada 8,595 premis swasta dan 726 premis milik kerajaan, manakala proses kelulusan mengambil kira pelbagai keperluan teknikal dan pengurusan.

“Selain pemasangan sistem keselamatan kebakaran seperti penyembur air, penggera, laluan kecemasan dan pintu rintangan api, premis juga perlu mempunyai organisasi keselamatan kebakaran dalaman yang berfungsi,” tegasnya.

Tambah beliau, Sarawak mencatat kadar pematuhan yang tinggi dengan 395 daripada 497 premis ditetapkan telah memiliki FC, bersamaan 79.5 peratus.

“Kita yakin negeri ini juga mampu mencapai 100 peratus menjelang hujung tahun,” katanya.

Seminar yang disertai lebih 500 peserta dari pelbagai sektor industri itu turut menekankan pentingnya pematuhan terhadap peraturan keselamatan kebakaran sebagai langkah proaktif melindungi nyawa dan aset.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Latihan keselamatan kebombaan komuniti perlu diperluas di Sarawak
Next: Sim Kiat Leng urges probe into alleged misuse, counterfeiting of Kenyalang Gold Card

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.