Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Cuaca panas: Guru goreng telur di halaman sekolah di selatan Perancis
  • GLOBAL

Cuaca panas: Guru goreng telur di halaman sekolah di selatan Perancis

Utusan Sarawak 18 hours ago

PARIS: Seorang guru di selatan Perancis menggoreng telur menggunakan kuali yang diletakkan di atas lantai halaman sekolah, memanfaatkan cuaca panas melampau yang melanda negara itu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Menurut stesen radio tempatan France Bleu pada Rabu, guru berkenaan meletakkan kuali di atas tanah, menunggu selama setengah jam, kemudian memecahkan sebiji telur ke dalamnya — dan hasilnya, telur itu masak dalam masa singkat.

Dalam satu rakaman video, guru itu dilihat merekodkan suhu pada pemegang kuali selepas eksperimen dijalankan, yang mencecah sekitar 80 darjah Celsius.

Beliau menjalankan demonstrasi berkenaan bagi menarik perhatian terhadap keadaan fizikal sekolah menengah di Quissac yang kurang bersedia menghadapi gelombang haba. 

Berdasarkan kiraannya, hanya terdapat 60 hingga 80 sentimeter persegi kawasan teduh bagi setiap pelajar di halaman sekolah.

Tiada sesi pembelajaran diadakan pada Selasa kerana cuaca terlalu panas, namun sebahagian murid tetap berada di sekolah kerana ibu bapa tidak dapat menjaga mereka di rumah.

Di seluruh Perancis, sekitar 2,200 sekolah ditutup pada hari yang sama susulan suhu mencecah lebih 41 darjah Celsius di beberapa kawasan. 

Kira-kira 100 sekolah lagi kekal ditutup pada Rabu.

Sebahagian besar bangunan sekolah di negara itu tidak direka untuk menampung suhu tinggi, memandangkan lebih separuh daripadanya dibina sebelum 1979, menurut saluran penyiaran Public Sénat.

Kerajaan Perancis merancang untuk mengubah suai 40,000 sekolah dan menjadikannya lebih cekap tenaga menjelang 2034.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: 5 maut, 6 cedera dalam nahas helicopter tentera Uganda di Somalia
Next: Feri bawa 65 kru dan penumpang karam di Bali, empat maut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.