Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Kes bunuh pelajar universiti: Tiga suspek disambung reman tujuh hari
  • MAHKAMAH

Kes bunuh pelajar universiti: Tiga suspek disambung reman tujuh hari

Utusan Sarawak 18 hours ago
TIGA suspek kes pembunuhan penuntut universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lepas, disambung reman tujuh hari lagi. Suspek terdiri seorang lelaki dan dua perempuan itu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 8.40 pagi, dan perintah reman dikeluarkan Majistret Khairatul Animah Jelani bermula esok hingga Khamis depan. Sebelum ini, mereka direman tujuh hari bermula 27 Jun dan tamat hari ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. Foto BERNAMA

SEPANG: Tiga suspek kes pembunuhan penuntut universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lepas, disambung reman tujuh hari lagi.

Suspek terdiri seorang lelaki dan dua perempuan itu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 8.40 pagi, dan perintah reman dikeluarkan Majistret Khairatul Animah Jelani bermula esok hingga Khamis depan.

Sebelum ini, mereka direman tujuh hari bermula 27 Jun dan tamat hari ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata penahanan empat individu termasuk suspek utama, iaitu teman lelaki kepada rakan serumah mangsa, polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh 48 jam.

Mangsa yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dan berasal dari Sarawak ditemukan maut di unit kondominiumnya di Cyberjaya pada 10.00 pagi, 24 Jun lepas. 

Mangsa dilaporkan tinggal seorang diri selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun. — Bernama

Continue Reading

Previous: Lelaki warga Indonesia dipenjara 16 tahun, 6 sebatan kerana amang seksual terhadap remaja
Next: Gagal lunas pinjaman persahabatan RM5 juta, mahkamah isytihar Jovian Mandagie bangkrap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.