Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bayi ditinggal di Pusat Pelindungan Bayi (Baby Hatch), netizen persoal siasatan terhadap ibu
  • TEMPATAN

Bayi ditinggal di Pusat Pelindungan Bayi (Baby Hatch), netizen persoal siasatan terhadap ibu

Utusan Sarawak 15 hours ago
PUSAT Pelindungan Bayi (Baby Hatch).

KUCHING: Dalam dunia yang sering menilai, pusat perlindungan seperti Pusat Pelindungan Bayi (Baby Hatch) diwujudkan sebagai jalan keluar tanpa suara.

Sebuah ruang perlindungan untuk ibu dalam keadaan terdesak agar dapat meninggalkan bayi mereka secara selamat dan tanpa identiti terdedah. 

Hebahan tersebut, yang dimuat naik menerusi laman rasmi Facebook Berita RTM Sarawak, menyatakan bahawa seorang bayi lelaki berusia 14 hari telah diletakkan di Baby Hatch Borneo Medical Centre (BMC) Kuching bersama sebotol susu dan sekeping nota bertulis, “Izzy Haziq, Lelaki, 14 Jun 2025, 11.40 malam.”

Kini, bayi berusia 14 hari itu berada di bawah jagaan Pelindung Kanak-Kanak JKM bagi urusan penempatan dan pendaftaran sijil kelahiran. 

TANGKAPAN layar hebahan media di laman Facebook rasmi Berita RTM Sarawak berhubung pencarian ibu kandung bayi lelaki yang ditinggalkan di Baby Hatch, BMC Kuching.

Hebahan itu memohon bantuan orang ramai untuk mengesan ibu kandung kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di Baby Hatch Borneo Medical Centre Kuching. 

Tindakan itu pantas mengundang reaksi bercampur dalam kalangan masyarakat, terutamanya pengguna media sosial yang mula mempersoalkan keperluan mencari ibu kandung apabila bayi sudah ditinggalkan secara sah dan selamat di Baby Hatch.

Seorang pengguna Facebook menulis bahawa Baby Hatch diwujudkan untuk memberi peluang kepada ibu yang tidak mampu membesarkan anak agar dapat menyerahkan mereka dalam keadaan selamat, tanpa perlu didedahkan kepada penghakiman awam. 

Beliau mempersoalkan mengapa pencarian terhadap ibu kandung dibuat sedangkan pusat itu sepatutnya menjamin kerahsiaan. 

TANGKAPAN layar reaksi netizen terhadap hebahan pencarian ibu kandung bayi yang ditinggalkan di Baby Hatch BMC, Kuching.

“Setahu saya Baby Hatch diwujudkan untuk seseorang yang dah melahirkan anak, untuk tinggalkan anak dalam keadaan selamat tanpa diketahui identiti ibu. 

“Dan di sini mahu cari siapa ibunya? Jadi apa fungsi Baby Hatch sebenarnya?” katanya.

Pandangan itu turut dikongsi netizen lain yang menyuarakan kebimbangan bahawa tindakan sebegini hanya akan menakutkan ibu-ibu lain yang mahu menggunakan pusat perlindungan tersebut. 

Seorang pengguna tempatan menulis, “Maknya dah engkah di Baby Hatch ya, dah cukup bagus. Kenak mok cari lagi maknya? Kena dimurnikan lagi penggunaan Baby Hatch ya. Permudahkan urusan seterusnya.”

“Kenak mok cari oh? Kan kelak takut dah orang engkah di hatch sebab orang akan mencari? Entahla, saya cuma ingin tahu,” ujar seorang lagi, mengakui rasa keliru terhadap tindakan pihak berkuasa. 

Malah, ada juga yang melontarkan persoalan dalam bahasa Inggeris, “What’s the point of Baby Hatch if you need to locate the biological mum?”

Sehingga kini, tiada penjelasan rasmi daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat berhubung sama ada pencarian ibu kandung itu dibuat atas faktor undang-undang, keselamatan atau keperluan dokumentasi. 

Namun yang pasti, reaksi orang ramai jelas menunjukkan kekeliruan dan keperluan untuk memperhalusi semula garis panduan serta komunikasi berkaitan penggunaan Baby Hatch di Malaysia.

Apakah masyarakat benar-benar faham dan bersedia menerima konsep Baby Hatch seperti yang dimaksudkan sejak awal? Atau adakah sistem itu sendiri kini berdepan cabaran persepsi dan pelaksanaan?

Pada akhirnya, perdebatan ini bukan sekadar soal dasar, tetapi soal hati dan rasa. Baby Hatch bukan dicipta untuk menutup kisah, tetapi untuk membuka peluang — kepada hidup yang baru, tanpa syarat, tanpa penghakiman. 

Namun di persimpangan antara undang-undang dan kasih sayang, kita dipaksa bertanya: dalam dunia yang selalu ingin tahu segalanya, apakah kerahsiaan masih punya ruang? Dan dalam sunyi seorang ibu yang memilih untuk pergi tanpa nama, mungkinkah itu sebenarnya caranya mencintai?

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Uggah tamatkan Ekspedisi Bario, tempuh 256km dari Miri
Next: Overgrowth vegetation in monsoon drains can cause floods

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.