Puisi

Facebook
WhatsApp

(SIARAN KHAS MINGGU PENULIS SINAR HARAPAN)

dengan kerjasama Penjara Puncak Borneo, Kuching.


Kurindu Kebahagiaan Lalu

Aku rindu,

Ibu yang tidak putus doa

Bapa yang suka berjenaka,

Sahabat susah senang bersama,

Senyuman kasih berahi mereka

Inilah nikmat bersama

Yang membawa sejuta satu kenangan,

   bahagia.

Loli


Kasih Ibu

Ibu punca kekuatanku,

Tanpamu ibu siapalah diriku,

Kurindu belaian hangatmu ibu,

Kapan kubisa mendakap tubuhmu lagi,

Oh aku dahaga akan kasihmu,

Aku dijaga bagaikan emas

Kini kusedar pengorbananmu amat berharga

Ampunkanlah segala salahku,

Kerana buta akan pengorbananmu,

Ibu. 

Tiga tahun

Terpisah jarak dan tembok besi,

Lelah sudah hatiku menanti,

Wajah tenangmu sering menjelma

Di dalam mimpi

Nantikan kepulanganku, ibu.

Mokahar Aduka


Mengenang Dosa yang Kian Menghantui

Merenung aku meratap bayang ibu,

Baru kutahu akan khilafku,

Perbuatan aku melukai ibu,

Air mata ibu mengalir keranaku.

Merenung aku meratap langit,

Sambil ditemani angin malam,

Kulihat bintang bersinar terang,

Entah mengapa hatiku tak tenang.

Dosaku banyak meninggi,

Entah mengapa kujadi begini,

kubersujud kepada Ilahi,

Memohon ampun atas dosaku ini.

Tidur malamku tak lena,

Memikirkan ibuku yang jauh di sana,

Maafkan dosaku wahai ibuku,

Kerana syurgaku terletak pada keredaanmu.

Aku rindu suara ibuku,

Biarpun ibu sering memarahiku,

Oh ibu, dengarlah luahanku,

Aku amat sayang padamu.

Harapanku ingin merawat luka ibu,

Walaupun aku tahu diriku tak mampu,

Ada matlamat yang ingin kutuju,

Hendak melihat ibuku bahagia selalu.

Atz-ham

Puisi

Setahun Lagi Aku Menua Hari ini setahun lagi aku menua namun hayat makin berkurang kerana dengan tahun menambah  makin dekatlah aku dan pulang.  dan cermin pun bercerita hikayat tua rambut yang makin putih gigi yang kian hilang kedut yang jelas berkerut. Aku tidak mahu pesta kek mega atau lilin dan nyala cukuplah doa dan sebingkis maaf kerana tidak terjangkau arif berapa kali lagi pagikah yang bakal menjengah petang yang sempat membahang malam yang sudi kelam.

Jangan Rampas Padang dan Kenangan Kami

NASKHAH kreatif yang berkisar tentang aktiviti sukan, secara eksplisit memang jarang ditulis. Bahkan ia kelompangan yang perlu diisi, kerana subjek

Padang

“PASS! PASS!” Jeritan Yoyok bergema di celah-celah blok konkrit Taman Sri Harmain. Sebiji bola yang sudah lusuh bergolek di atas