Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bomba berjaya padam kebakaran belukar di Kampung Banting
  • KEBAKARAN

Bomba berjaya padam kebakaran belukar di Kampung Banting

Utusan Sarawak 17 hours ago
MENYUSUR BELUKAR… Anggota Bomba kelihatan menyusuri memasuki ke dalam kawasan belukar terbakar di Kampung Banting.

LAWAS: Cuaca panas terik yang melanda daerah ini mula menunjukkan kesan apabila berlaku kebakaran belukar di Kampung Banting.

Kejadian petang semalam itu menyebabkan sekitar 1.2141 hektar kawasan belukar terbakar, memaksa pasukan bomba bertungkus-lumus selama lebih empat jam bagi mengawal dan memadamkan api.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Clarence D. Primus Tiandun berkata, sepasukan anggota bersama tiga jentera bomba dikerahkan ke lokasi sebaik menerima laporan kecemasan pada 3.18 petang.

“Anggota bertindak memadam kebakaran dengan membina pemisah api atau penghalang kebakaran menggunakan satu aliran hos sepanjang 60 meter dari jentera tangki, sehingga api dapat dikawal dan dipadam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

PADAM API… Semburan air yang banyak diperlukan untuk membanjiri kawasan belukar yang mengering akibat cuaca panas.

Katanya, api berjaya dikawal pada 6.30 petang dan operasi ditamatkan 10 minit kemudian.

Clarence turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran secara terbuka, sambil mengingatkan bahawa Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Limbang boleh mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan tersebut.

Katanya lagi pihaknya sudah membuat laporan kepada NREB Limbang untuk melaksana pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengelak berlakunya pembakaran terbuka.

Kawasan belukar Kampung Banting turut mengalami kebakaran besar pada tahun lepas sehingga terpaksa menggunakan khidmat helikopter untuk memadam kebakaran di kawasan berkenaan.

Kebakaran berpunca daripada pembakaran terbuka oleh individu tertentu dengan alasan pembersihan tanah untuk berkebun.

Oleh Adeng Edrus

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Aktiviti pembakaran terbuka cetus kebakaran belukar
Next: Kuarters lama JKR di Limbang musnah dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.