Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sultan Pahang gesa wartawan wanita terus perjuang isu rakyat
  • SEMASA

Sultan Pahang gesa wartawan wanita terus perjuang isu rakyat

Utusan Sarawak 1 day ago
SULTAN Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meluangkan masa bersama selepas menerima menghadap Ahli Jawatankuasa Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) di Shahzan House hari ini.

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa wartawan wanita di negara ini terus memperjuangkan isu rakyat dan berpegang kepada integriti kewartawanan.

Al-Sultan Abdullah turut memuji komitmen dan sumbangan besar wartawan wanita pada masa ini yang semakin menyerlah, bukan sahaja dari segi tenaga kerja tetapi juga kualiti liputan khususnya dalam media arus perdana yang mencerminkan keupayaan mereka.

“Era digital dan kemunculan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) telah mengubah cara berita disampaikan, sekali gus menjadikan tugas wartawan lebih mencabar dan memerlukan kecekapan.

“Akhbar mungkin tidak lagi terjual seperti dahulu, cetakan pun semakin kurang tetapi dalam bentuk digital, tanggungjawab lebih besar kerana berita sekarang 24 jam. Sehubungan dengan itu, wartawan perlu serba boleh dan sentiasa bersedia,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah hari ini menerima menghadap barisan kepimpinan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) diketuai Presidennya Sariha Mohd Ali, Timbalan Presiden Nasriah Darus, Setiausaha Nor Hasliza Abdullah, Bendahari M. Saraswathi serta ahli jawatankuasa persatuan. 

Baginda turut menekankan pentingnya merit dalam bidang kewartawanan dan mengingatkan kepimpinan PERTAMA supaya terus mempertahankan etika kewartawanan dan tahap profesionalisme dalam industri itu.

“Ini bukan mengenai gender, tetapi saya percaya ia perlu diperjuangkan atas dasar merit. Tanggungjawab media hari ini sangat besar. Saya yakin dengan keikhlasan dan dedikasi, wartawan terutamanya wanita mampu terus memberi sumbangan besar kepada negara,” titah baginda.

Sultan Pahang turut berharap isu semasa melibatkan rakyat khususnya di Pahang diberikan penekanan seperti pencerobohan tanah, bekalan air dan harga hasil pertanian tempatan.

“Saya rasa perkara ini agak membimbangkan. Mesti ada kesedaran dan tindakan berterusan,” titah Al-Sultan Abdullah. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Harga RON97, diesel di Semenanjung turun 3 sen
Next: Sesi Meja Bulat perkongsian ekonomi perkukuh hubungan dagangan Malaysia-Itali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.