Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Terap AI dalam sistem pendidikan Sarawak – Abang Johari
  • SEMASA

Terap AI dalam sistem pendidikan Sarawak – Abang Johari

Utusan Sarawak 1 day ago
ABANG Johari ketika menerima cenderamata semasa perasmian Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025. Foto UKAS

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa penerapan kecerdasan buatan atau AI dalam sistem pendidikan Sarawak perlu disertai dengan nilai dan etika agar teknologi tersebut tidak disalah guna.

Katanya, pendidikan tentang AI bukan sahaja perlu menumpukan kepada aspek teknikal semata-mata, tetapi juga membentuk kefahaman moral dalam kalangan pelajar agar mereka tahu membezakan antara penggunaan yang bertanggungjawab dan sebaliknya.

“Dalam Persidangan Media Sarawak 2025 ini, kita tekankan tentang nilai dan etika dalam penggunaan AI. 

“Kita tidak mahu pelajar hanya pandai menggunakan teknologi, tetapi juga faham bahawa AI ini hanya mesin yang tiada emosi, sedangkan kita manusia ada hati dan perasaan,” katanya semasa merasmikan persidangan tersebut di sini, hari ini.

Abang Johari turut menyambut baik cadangan disuarakan oleh warga pendidik Sarawak agar kerajaan Sarawak mempertimbangkan penyediaan latihan khas atau seminar bagi guru-guru dalam usaha mengintegrasikan AI dalam kaedah pengajaran di sekolah.

Cadangan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, yang mewakili suara para guru yang ingin mendalami kaedah penggunaan AI secara berkesan dan bertanggungjawab dalam bilik darjah.

Dalam sidang media selepas majlis tersebut, Abang Johari menjelaskan bahawa AI kini menjadi alat yang sangat berkuasa dan terbuka kepada pelbagai bentuk penggunaannya, sama ada untuk manfaat mahupun sebaliknya.

“Sebab itu kita kena ajar mereka guna AI sebagai alat untuk cipta sesuatu yang bermanfaat. Kita tidak mahu mereka salah guna. 

“Ibarat mengajar orang menggunakan pisau untuk memasak, bukan untuk mencederakan orang. Perumpamaan ini jelas menunjukkan perlunya pendidikan moral dalam penggunaan teknologi,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut mengingatkan bahawa sekiranya generasi muda tidak diberi pendedahan yang cukup dari awal, risiko penyalahgunaan AI akan menjadi semakin besar pada masa akan datang.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar semua pihak dalam ekosistem pendidikan memberi perhatian kepada aspek tanggungjawab, etika dan nilai murni dalam memanfaatkan teknologi moden ini.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kemajuan teknologi mampu tangani ancaman deepfake – Abang Johari
Next: Isu buruh paksa jejas imej negara, perlu ditangani secara menyeluruh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.