Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kemajuan teknologi mampu tangani ancaman deepfake – Abang Johari
  • SEMASA

Kemajuan teknologi mampu tangani ancaman deepfake – Abang Johari

Utusan Sarawak 1 day ago
GIMIK… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, melakukan gimik sempena perasmian Persidangan Media Sarawak (SMEC) bertemakan ‘Kecerdasan Buatan: Perkongsian Masa Depan Media dan Kewartawanan’, hari ini. Foto BERNAMA

KUCHING:  Kemajuan teknologi pada masa hadapan, khususnya dalam pembangunan mikrocip mampu menyediakan perlindungan berkesan terhadap ancaman seperti deepfake atau palsu asli, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari berkata beliau dimaklumkan penyelidikan sedang dijalankan oleh saintis untuk membangunkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menangani penipuan termasuk penipuan siber.

“Meskipun kerangka perundangan penting untuk membendung ancaman, penyelesaian berasaskan teknologi juga sedang dibangunkan. Teknologi inilah yang sedang diusahakan. Ada satu cip, yang saya baca lah, mampu menyelesaikan masalah ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025 di sini hari ini.

Beliau berkata cip yang dimaksudkan itu sedang direka bentuk untuk membezakan antara kandungan sebenar dan kandungan yang telah dimanipulasi, yang akan menunjukkan sama ada sesuatu itu tulen atau palsu.

“Jadi, akan ada penyelesaian yang tuntas,” katanya sambil meramalkan teknologi seumpama itu mungkin mengambil tempoh lima hingga 10 tahun untuk dibangunkan sepenuhnya.

Abang Johari berkata kemajuan teknologi maklumat pada masa ini telah meningkatkan kepentingan keseimbangan dan kewaspadaan dalam menangani pengembangan AI dan media sintetik.

PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar di reruai pameran pada perasmian Persidangan Media Sarawak (SMEC) bertemakan ‘Kecerdasan Buatan: Perkongsian Masa Depan Media dan Kewartawanan’ hari ini. Foto BERNAMA

“Di dunia ini, mesti wujud keseimbangan semula jadi seperti siang dan malam. Begitu juga dengan teknologi. Walaupun deepfake mewakili sisi gelap, tetapi penyelesaian pasti akan muncul, dan besar kemungkinan terletak pada cip ini,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Abang Johari menggesa pengamal media supaya memperkukuh peranan mereka dengan bukan sekadar menjadi penyampai cerita, tetapi juga pelindung kepercayaan awam yang berwibawa.

Beliau berkata kepercayaan berkenaan perlu dipertahankan dalam setiap keputusan yang dibuat, termasuk dalam penggunaan teknologi, terutama ketika AI semakin pesat digunakan di bilik berita.

“Janganlah kita terlalu terpesona dengan keupayaan AI sehingga kita mengabaikan nilai kemanusiaan. Pastikan teknologi kekal berperanan sebagai alat bantu dan bukannya menguasai kita serta tidak menghilangkan ciri-ciri kemanusiaan yang menjadikan profesion ini begitu penting dalam sistem demokrasi,” katanya.

Lebih 700 peserta menghadiri SMeC 2025 yang berlangsung dua hari bermula hari ini dengan menampilkan tokoh terkemuka dalam bidang media dan komunikasi dari dalam dan luar negara yang akan berkongsi pandangan mereka dalam menyesuaikan diri dengan era digital dan AI.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat delegasi Unimas, Sejarawan Sarawak
Next: Terap AI dalam sistem pendidikan Sarawak – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.