Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pasangan suami isteri dihadap ke mahkamah atas 4 tuduhan mengedar, memiliki dadah
  • MAHKAMAH

Pasangan suami isteri dihadap ke mahkamah atas 4 tuduhan mengedar, memiliki dadah

Utusan Sarawak 2 days ago

DIDAKWA...Tie (kiri) bersama Lee (tengah) keluar dari kamar Mahkamah Majistret setelah didawka atas pertuduhan mengedar serta memiliki dadah.

SIBU: Pasangan suami isteri yang dipercayai menjadi dalang sindiket pengedaran dadah sejak 2015 dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini (2 Julai) atas empat pertuduhan mengedar dan memiliki dadah berbahaya.

Tertuduh, Tie Teck Hock, 52, dan Lee Chee Fei, 45, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Foochow di hadapan Majistret Oon Kork Chern.

Bagi pertuduhan pertama, Tie didakwa mengedar 1,030.80 gram methamphetamine di kaki lima sebuah premis makanan di Jalan Pedada pada 12 Jun lalu, kira-kira jam 10 malam.

Bagi pertuduhan kedua, Tie dan Lee bersama-sama didakwa mengedar 6,055.90 gram methamphetamine di sebuah stor bawah tangga sebuah rumah di Lorong Permai Jaya 9D1B1, kira-kira 45 minit kemudian.

Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi dua lagi pertuduhan, pasangan itu didakwa memiliki 2,078.90 gram ketamin dan 2,022.15 gram nimetazepam di lokasi serta masa yang sama.

Bagi pertuduhan berkenaan, mereka dituduh mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, Tie sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis pada 26 Jun lalu selepas tamat tempoh reman lanjutan selama tujuh hari, namun ditahan semula mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Lee pula turut dibebaskan pada 24 Jun selepas tamat reman empat hari dan kemudiannya ditahan semula di bawah akta yang sama.

Mahkamah menetapkan 22 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.

Tiada jaminan ditawarkan dan kedua-dua tertuduh diperintahkan untuk terus direman mengikut Seksyen 41B(1)(a) ADB 1952.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nuralisa Natasha Nazrulzam, manakala pasangan itu diwakili peguam, Reena Chong.

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah  persekutuan kekalkan hukuman mati bekas pakar patologi
Next: Ahli perniagaan didenda RM300,000 perdaya PERKESO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.