Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar tiba di Rom untuk lawatan rasmi tiga hari ke Itali
  • SEMASA

PM Anwar tiba di Rom untuk lawatan rasmi tiga hari ke Itali

Utusan Sarawak 1 day ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Selasa untuk mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Itali, ekonomi ketiga terbesar dalam Kesatuan Eropah (EU). Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Leonardo da Vinci-Fiumicino pada 8.18 malam (2.18 pagi Rabu waktu Malaysia). Menyambut ketibaan Anwar di lapangan terbang itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Duta Besar Malaysia ke Itali Datuk Zahid Rastam, Duta Kanan bagi Hal Ehwal Protokol Itali Fabrizio Romano dan bekas Duta Itali ke Malaysia Massimo Rustico. Foto BERNAMA

ROM:  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Selasa untuk mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Itali, ekonomi ketiga terbesar dalam Kesatuan Eropah (EU).

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Leonardo da Vinci-Fiumicino pada 8.18 malam (2.18 pagi Rabu waktu Malaysia).

Menyambut ketibaan Anwar di lapangan terbang itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Duta Besar Malaysia ke Itali Datuk Zahid Rastam, Duta Kanan bagi Hal Ehwal Protokol Itali Fabrizio Romano dan bekas Duta Itali ke Malaysia Massimo Rustico.

Perdana Menteri berkata beliau berharap lawatan itu akan memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Itali serta mempererat kerjasama strategik selain meningkatkan penglibatan ASEAN-UE dalam landskap global yang semakin mencabar. 

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia di sini pada Selasa. –fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA ROME, July 2 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivers his speech at the Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia here, on Tuesday. Foto BERNAMA

“Kunjungan ini terjelma atas jemputan rakan sejawat saya Perdana Menteri Giorgia Meloni lantas mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Itali berteraskan prinsip serta semangat persahabatan, keyakinan dan saling menghormati.

“Malaysia melihat Itali sebagai rakan strategik penting di benua Eropah dan kita komited untuk memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan serta sektor peralihan tenaga,” katanya.

Selain itu, selaku Pengerusi ASEAN, Anwar berkata kunjungan ini juga akan memperhebat nilai pada sisi hubungan rantau Asia Tenggara dan Eropah dalam landskap geopolitik serta geoekonomi yang terus mencabar.

“Saya yakin lawatan ini akan membuka lembaran baharu yang lebih dinamik, menghasilkan manfaat yang konkrit serta melonjakkan hubungan Malaysia dan Itali ke tingkat yang cemerlang dan terbaik,” katanya.

Sepanjang lawatan itu, Anwar diiringi oleh Mohamad, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Turut menyertai delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Sejurus tiba di ibu kota Itali, Anwar dan delegasi menghadiri majlis yang menghimpunkan diaspora Malaysia di negara itu.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berswafoto bersama tetamu ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia di sini pada Selasa. Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. –fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA ROME, July 2 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim having a selfie with guests at the Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia here, on Tuesday. Also present at the dinner Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan. Foto BERNAMA

Pada 3 Julai, Perdana Menteri dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya di Palazzo Chigi.

Sementara itu, Zahid berkata pertemuan tersebut akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk menilai perkembangan hubungan Malaysia-Itali serta meneroka peluang kerjasama baharu khususnya dalam bidang ekonomi, teknologi pertahanan dan tenaga. 

Kedua-dua pemimpin juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama termasuk Hubungan Rakan Pembangunan ASEAN-Itali, Hubungan Dialog ASEAN-Kesatuan Eropah dan situasi di Asia Barat. 

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Perdana Menteri akan menggariskan keutamaan Malaysia serta usaha blok itu dalam mendepani cabaran serantau dan global.

Anwar juga dijadual merasmikan Persidangan Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali pada Rabu yang akan dihadiri oleh pemimpin industri bagi membincangkan peluang kerjasama dalam pelaburan dan perdagangan dua hala. 

Beliau akan bertemu para pemimpin industri daripada 36 syarikat Itali termasuk syarikat multinasional seperti Leonardo SpA, STMicroelectronics dan Ferrero.

Itali adalah ekonomi ketiga terbesar dalam EU dan kelapan terbesar di dunia mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar nominal.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan tetamu ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia di sini pada Selasa. –fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA ROME, July 2 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim sharing light moments with guests at the Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia here, on Tuesday. Foto BERNAMA

Perdana Menteri turut dijadual bertemu para pemimpin komuniti Islam tempatan.

Hubungan dua hala antara Malaysia dan Itali yang terjalin sejak sekian lama adalah kukuh dan saling memanfaatkan, didukung oleh pertumbuhan perdagangan dan pelaburan yang berterusan serta kesalinghubungan antara rakyat kedua-dua negara. 

Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan sebanyak dua peratus kepada RM14.61 bilion (ASD3.18 bilion) berbanding tempoh sama bagi tahun 2023.

 Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara terus menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 3.3 peratus kepada RM6.5 bilion (ASD1.48 bilion) berbanding tempoh sama pada 2024. 

Itali adalah rakan perdagangan kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia daripada blok berkenaan pada 2024.

Perdana Menteri akan berlepas ke Perancis bagi mengadakan lawatan rasmi pada 3 dan 4 Julai setelah tamat lawatan di Itali.– Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak sedia hantar belia lanjut pengajian di Sandhurst, United Kingdom – Abang Johari
Next: SPRM mula siasat projek MyKiosk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.