Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump pertimbang usir Musk, mungkin kembali ke Afrika Selatan
  • GLOBAL

Trump pertimbang usir Musk, mungkin kembali ke Afrika Selatan

Utusan Sarawak 2 days ago

Trump (kiri) dan Musk. - Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata beliau mungkin akan mempertimbangkan untuk mengusir Elon Musk, selepas jutawan itu mengkritik rang undang-undang perbelanjaan utama pentadbirannya.

Trump turut berkata Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang pernah diterajui Musk sebelum meletak jawatan akhir Mei lalu mungkin akan menumpukan perhatian terhadap subsidi kerajaan yang diterima pengasas Tesla dan SpaceX itu.

“Saya tidak pasti. Kita akan lihat dahulu,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih apabila ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan untuk mengusir Musk.

“Kita mungkin perlu arahkan DOGE (ambil tindakan) ke atas Elon. Kamu tahu apa itu DOGE? DOGE ialah raksasa yang mungkin perlu kembali dan ‘memakan’ Elon,” katanya.

Trump mengulangi ancaman itu dengan menyatakan bahawa beliau percaya Musk menyerang rang undang-undangnya yang digelar ‘One Big Beautiful Bill’ kerana kecewa dengan pengguguran peruntukan yang menyokong kenderaan elektrik (EV).

“Dia kehilangan mandat EV-nya. Dia sangat kecewa dengan beberapa perkara, tetapi kamu tahu dia mungkin akan kehilangan lebih banyak daripada itu, saya boleh beritahu kamu sekarang. Elon boleh kehilangan lebih daripada itu,” katanya.

Trump turut mengeluarkan kenyataan serupa di platform Truth Social miliknya semalam, dengan menyatakan bahawa tanpa subsidi, Elon mungkin terpaksa menutup perniagaannya dan pulang ke Afrika Selatan.

Musk, individu terkaya di dunia yang juga penderma terbesar Trump dalam pilihan raya 2024 pada awalnya sering dilihat berada di sisi presiden yang baru dilantik itu.

Namun, hubungan mereka retak secara terbuka bulan ini susulan perbalahan mengenai rang undang-undang berkenaan.

Tokoh jutawan itu juga kembali melancarkan kritikan dalam beberapa hari kebelakangan ini, dengan menuduh parti Republikan mengabaikan usaha untuk meletakkan AS di barisan hadapan revolusi EV dan tenaga bersih.

Musk turut mengulangi gesaannya untuk menubuhkan parti politik baharu yang dikenali sebagai ‘Parti Amerika’ sekiranya rang undang-undang itu diluluskan. – AFP

Continue Reading

Previous: Warga emas 80 tahun maut diserang buaya di Pulau Sumatera, Indonesia
Next: 6 juta data pelanggan Qantas terjejas dalam serangan siber

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.