Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba tangkap ular tedung selar bawah rak kasut
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba tangkap ular tedung selar bawah rak kasut

Utusan Sarawak 14 hours ago
BERJAYA DITANGKAP….Ular berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Seekor ular tedung selar berjaya ditangkap oleh pihak bomba selepas ditemui di bawah rak kasut di pekarangan sebuah rumah di Jalan Cenderawasih, Kampung Seberang, Sarikei.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata panggilan kecemasan diterima oleh pihaknya pada 8.43 malam tadi. 

“Sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Hilary Pitre Ambit bergerak ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan. 

“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular tedung selar berada di bawah rak kasut di pekarangan rumah pengadu,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, ular tedung selar berukuran tiga kaki panjang tersebut berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas. 

“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 18 minit. Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 9.08 malam dan ular dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan penduduk,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JTS Sarikei perkasa kemahiran tindakan kecemasan bersama BBP Bintangor
Next: Wilfred Yap urges immediate start to RM350 million flood mitigation project

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.