Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • TEGAS julung kali anjur SRC, buka ruang pelajar Sarawak terokai dunia angkasa
  • TEKNOLOGI

TEGAS julung kali anjur SRC, buka ruang pelajar Sarawak terokai dunia angkasa

Utusan Sarawak 1 day ago
PELAJAR tekun melakukan kerja penyambungan komponen elektronik roket sebagai sebahagian daripada fasa praktikal program Sarawak Rocketeer CAN-SAT Challenge.

KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) telah menganjurkan program Sarawak Rocketeer CAN-SAT Challenge (SRC) buat julung kalinya di negeri ini sebagai usaha mencetuskan minat pelajar terhadap bidang teknologi angkasa.

Program sulung di Sarawak itu memberi peluang kepada pelajar menghasilkan roket sebenar, sekali gus memperkenalkan kaedah pembelajaran praktikal yang unik dan inovatif.

Pelaksanaan program bermula pertengahan Jun lalu melalui beberapa fasa termasuk bengkel dan demonstrasi di Hotel Hock Lee dan Politeknik Kuching pada 14 hingga 15 Jun.

Fasa seterusnya adalah pelancaran roket yang diadakan pada 28 hingga 29 Jun di TEGAS Digital Village dan Politeknik Kuching.

Inisiatif itu bertujuan memperkukuh pendedahan pelajar kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya dalam aspek teknologi roket dan satelit.

Ia turut dilihat mampu merapatkan jurang pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar di Sarawak.

Selain mencungkil bakat pelajar sekolah menengah yang berpotensi, program ini juga menekankan aspek bimbingan berterusan dalam bidang berasaskan teknologi tinggi.

Program berkenaan turut memupuk semangat kerjasama antara pelajar, pendidik dan rakan industri bagi membina ekosistem pembelajaran yang lebih menyeluruh.

Penganjuran SRC adalah sebahagian daripada komitmen TEGAS untuk menyokong agenda pembangunan ekonomi digital Sarawak.

Sebanyak 10 sekolah menengah dari lima Pejabat Pendidikan Daerah menghantar penyertaan dengan jumlah keseluruhan 50 pelajar terlibat.

Peserta didedahkan kepada asas aerodinamik, reka bentuk roket, pengaturcaraan pelancar serta pelancaran roket sebenar setinggi 120 meter.

Program tersebut mendapat kerjasama strategik UiTM-MTC High Energy Material Research Laboratory (HEMREL), CENTEXS Sarawak Aerospace Academy dan Sarawak Skills.

Antara agensi yang turut menjayakan program ialah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

SRC akan mencapai kemuncaknya menerusi Sarawak Level Challenge sempena SCaT Fair 2025 pada 5 dan 6 Julai depan di BCCK.

Pemenang peringkat negeri akan mewakili Sarawak ke Malaysia Rocket Competition 2025 dan seterusnya berpeluang ke Spaceport America Cup 2025.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Teknologi rawatan estetik berasaskan penyejukan kini di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.