Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ahli Parlimen Lubok Antu sokong PELASAR, tingkat kebajikan masyarakat di perantauan
  • TEMPATAN

Ahli Parlimen Lubok Antu sokong PELASAR, tingkat kebajikan masyarakat di perantauan

Utusan Sarawak 13 hours ago
AHLI Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi merasmikan Majlis Ngiling Bidai anjuran PELASAR di PCC Demak, malam tadi. Foto Facebook Roy Angau Gingkoi

KUCHING: Persatuan Kebajikan Masyarakat Asal Engkilili, Lubok Antu, Skrang (PELASAR) telah berjaya ditubuhkan baru-baru ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi berkata PELASAR ditubuhkan sebagai platform untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya, khususnya masyarakat asal dari Engkilili, Lubok Antu dan Skrang yang kini menetap di bandar-bandar utama negeri ini.

“Saya memuji usaha murni PELASAR dalam menyatupadukan anak-anak perantauan serta menjaga kebajikan mereka. 

“Saya menyarankan agar inisiatif sebegini dikembangkan bukan sahaja di Kuching dan Samarahan, tetapi turut diperluaskan ke kawasan lain seperti Bintulu dan Miri agar lebih ramai masyarakat asal dari daerah tersebut dapat turut serta dan merasai manfaatnya,” katanya.

AHLI Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi menghadiri Majlis Ngiling Bidai anjuran PELASAR di PCC Demak, malam tadi. Foto Facebook Roy Angau Gingkoi

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Ngiling Bidai anjuran PELASAR di Pusat Konvensyen Penview (PCC), Demak, malam tadi.

Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran rasmi lagu PELASAR serta penyampaian insentif pelajar kepada 13 orang penerima, sebagai penghargaan atas pencapaian akademik mereka dan dorongan untuk terus maju dalam bidang pendidikan.

Sebagai tanda sokongan, Roy turut mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada PELASAR bagi memperkasakan lagi program dan aktiviti kebajikan yang dirancang.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sambutan pelbagai perayaan satukan pelbagai kaum di Sarawak
Next: Martabatkan adat, budaya masyarakat Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.