Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ngiling Bidai PPLN 2025 meriah, 11 pelajar terima insentif cemerlang SPM
  • WILAYAH

Ngiling Bidai PPLN 2025 meriah, 11 pelajar terima insentif cemerlang SPM

Utusan Sarawak 11 hours ago
TRADISI…Upacara miring disempurnakan Ketua Adat sempena Majlis Ngiling Bidai PPLN 2025 dihadiri Datuk Gerawat Gala. Foto: Jiku Juguong

MARUDI: Seramai 250 orang masyarakat Dayak dan kaum-kaum lain meraikan Majlis Ngiling Bidai Pembangunan Poyut Lubok Nibong (PPLN) 2025 bertemakan “Segulai Sejalai Nuju Pemansang” anjuran Jawatankuasa PPLN diadakan di Chan Restoran Kampung Cina malam tadi.

Malis perasmian acara disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala.

Katanya, tema majlis “Segulai Sejalai Nuju Pemansang” sangat tepat di mana tema ini mengambarkan masyarakat Dayak di kawasan Poyut Lubok Nibong tidak tertinggal arus pembanguan.

TAHNIAH…Datuk Gerawat Gala menyampaikan insentif daripada PPLN kepada Alexxius Ragan Henry yang cemerlang dalam SPM. Foto: Jiku Juguong

Selain itu, beliau berkata masyarakat Dayak di kawasan ini juga perlu mengikuti perancangan dan polisi Kerajaan serta menggesa masyarakat Dayak terus berusaha dan bertekad untuk maju supaya tidak ketinggalan berbanding kaum-kaum lain.

“Kita mahu Sarawak maju dan berpendapatan tinggi seiring dengan perkembangan semasa,” katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

Tambahnya, majlis sebegini juga dapat mengeratkan lagi ikatan kemesraan antara satu dengan lain dan memberi kerjasama kepada pemimpin di rumah panjang masing-masing.

“Dengan adanya kerjasama dan sokongan padu semua pihak maka kawasan rumah panjang kita cepat membangun dan maju seperti di kawasan-kawasan lain,” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyempurnakan penyampaian insentif daripada Jawatankuasa PPLN kepada 11 orang pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu.

 Oleh Jiku Jukuong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hari Bersama Pelanggan perkukuh hubungan antara rakyat, agensi kerajaan Sarawak
Next: Pesta Adet Saviek Kajang 2025 perkukuh warisan budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.