Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Larian Eko Pengakap 4.0 pupuk semangat cinta alam sekitar, gaya hidup sihat
  • SUKAN

Larian Eko Pengakap 4.0 pupuk semangat cinta alam sekitar, gaya hidup sihat

Utusan Sarawak 13 hours ago
LARIAN Eko Pengakap 4.0 bertempat di Stadium Tertutup Kota Samarahan anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak bersama Majlis Pengakap Daerah Samarahan dan dilaksanakan serentak di 33 daerah pengakap seluruh Sarawak. -Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Program tahunan Larian Eko Pengakap 4.0 Peringkat Daerah Samarahan berjaya menghimpunkan ratusan peserta terdiri daripada ahli pengakap, murid sekolah, guru serta ibu bapa dalam usaha memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dan mempromosikan gaya hidup sihat.

Program ini bertempat di Stadium Tertutup Kota Samarahan, anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak bersama Majlis Pengakap Daerah Samarahan dan dilaksanakan serentak di 33 daerah pengakap seluruh Sarawak.

Larian sejauh 3 kilometer (km) itu telah dilepaskan pada 7.30 pagi oleh Timbalan Residen Bahagian Samarahan yang juga Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Samarahan, Rais Ahmat.

“Program seperti ini bukan sahaja memupuk semangat cintakan alam, malah menjadi pemangkin perpaduan dan membentuk generasi muda yang berintegriti serta cemerlang,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong penyertaan anak-anak dalam aktiviti kepanduan, sambil menekankan bahawa pendidikan bermula dari rumah.

“Ibu bapa adalah cikgu pertama. Pendidikan ialah kunci masa depan. Program seperti ini bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah memperkukuh perpaduan rakyat kita di Sarawak,” katanya.

Selain larian, turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti cabutan bertuah, cabaran sesi aerobik berterusan serta aktiviti interaktif yang melibatkan pengakap dari peringkat rendah, menengah hingga dewasa.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Samarahan, Hayati Sahari, Penolong Pegawai Daerah Asajaya, Hasanah Bujang, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Methodius Macdonald George Sigie, Temenggong Masyarakat Melayu Bahagian Samarahan, Chek Bujang, Temenggong Masyarakat Cina Bahagian Samarahan, Liew Shark Sen dan Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Samarahan, Seli Hassan.

-UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Lebih 200 peserta sertai Cabaran Muaythai Antarabangsa Bintulu edisi ke-3
Next: Chelsea tewaskan Benfica, mara ke suku akhir Piala Dunia Kelab FIFA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.