
KUALA LUMPUR: Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi makan tengah hari bersama rakan iaitu Nur Rafidah Abd Rashid, Anita Bahrum dan anaknya di kediaman beliau di sini tengah hari tadi.
Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana penuh mesra dan santai, dihiasi dengan gelak tawa serta perbualan yang mengimbau kenangan lama yang menggamit memori bersama.

Toh Puan Fauziah menzahirkan rasa gembira dan terharu atas kunjungan rakan-rakan lamanya yang tetap setia menyambung silaturahim biarpun masing-masing kini membawa haluan sendiri.
Toh Puan Fauziah menyifatkan pertemuan seperti ini sebagai terapi hati dan peluang untuk mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang pernah terjalin erat suatu ketika dahulu.
Sesi makan tengah hari tersebut diakhiri dengan sesi bergambar kenangan serta iringan doa agar ukhuwah yang terjalin terus mekar dengan kasih sayang dan saling menghargai.