Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penutupan rasmi festival Maal Hijrah 1447H warnai perkarangan Masjid Jamek
  • Selatan
  • WILAYAH

Penutupan rasmi festival Maal Hijrah 1447H warnai perkarangan Masjid Jamek

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ketika berucap pada majlis penutupan rasmi Festival Maal Hijrah

PETRA JAYA: Festival Maal Hijrah 1447H/2025M anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri (LAKMNS) melabuhkan tirainya dalam suasana penuh harmoni menerusi majlis penutupan rasmi yang berlangsung di perkarangan Masjid Jamek, di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dalam teks ucapan yang dibacakan, Fadillah menyatakan bahawa penganjuran festival ini telah memperkukuh peranan institusi masjid selain merapatkan hubungan antara masyarakat pelbagai lapisan melalui pendekatan inklusif dan menyeluruh.

“Festival ini membuktikan bahawa LAKMNS berada di barisan hadapan dalam usaha memoden dan mengurus institusi masjid secara dinamik serta inovatif. Masjid kini berperanan sebagai pusat rohani, ilmu, kebajikan dan penyatuan ummah,” katanya.

Beliau turut memuji usaha LAKMNS dalam menerajui pendekatan holistik, termasuk inisiatif kelestarian alam sekitar melalui pembinaan menara baharu Masjid Jamek Sarawak yang akan dilengkapi teknologi tenaga solar.

“Langkah ini selari dengan gagasan tenaga hijau yang digerakkan oleh Premier Sarawak dan mencerminkan kepimpinan yang berpandangan jauh,” tambahnya.

Festival yang berlangsung selama 10 hari sejak 20 Jun lalu menjadi platform penting untuk menyemai nilai-nilai keislaman melalui pelbagai program keagamaan, sosial, rekreasi dan kebajikan.

Antara acara yang mencuri perhatian ialah persembahan seni Islam, forum ilmu, program belia, pertandingan antara masjid, serta penyampaian hadiah dan cabutan bertuah kepada pengunjung.

Majlis penutupan turut menyaksikan simbolik penurunan bendera rasmi festival sebagai tanda berakhirnya acara tahunan tersebut.

Fadillah turut menggesa masyarakat Islam di Sarawak agar terus menyokong dan mengimarahkan institusi masjid, khususnya dalam menarik penglibatan golongan belia ke arah pembentukan generasi berakhlak, berilmu dan berdaya tahan.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mohamad Shafizan sokong naik taraf infrastruktur Kampung Jalan Giat Mara
Next: Tiang elektrik patah hempap kenderaan di Rumah Maling Nyapang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.