Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tiga termasuk kanak-kanak maut bot terbalik di Pulau Perhentian
  • SEMASA

Tiga termasuk kanak-kanak maut bot terbalik di Pulau Perhentian

Utusan Sarawak 1 day ago
TIGA maut termasuk dua kanak-kanak apabila sebuah bot pelancong terbalik akibat ombak kuat di perairan Pulau Perhentian, Besut malam tadi. Foto APMM

JERTIH: Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata dalam kejadian pada 10.30 malam itu, S. Arumugam 40, dan anaknya A. Sarrvihka 3, dan saudara mereka V. Vennpani 10, maut manakala 12 lagi  termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun kritikal dan dikejarkan ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.

“Kejadian berlaku ketika ribut, hujan lebat dan laut bergelora menyebabkan bot yang membawa 15 penumpang berusia tiga hingga 40 tahun itu terbalik dan karam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini hari ini.

Azamuddin berkata hasil siasatan mendapati kesemua penumpang bot tidak memakai jaket keselamatan.

Pemandu bot berusia 20-an yang juga penduduk tempatan ditahan reman untuk membantu siasatan.

Beliau berkata pemandu bot itu juga didapati positif dadah dan mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Justeru, pihak polis ingin menasihati orang ramai supaya mengutamakan keselamatan ahli keluarga semasa di pantai peranginan.

“Pihak polis juga menasihati pengusaha bot supaya mengutamakan keselamatan pelancong dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan terutama pemakaian jaket keselamatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu Kapten Maritim Hamiludin Che Awang berkata terdahulu pihaknya memulakan operasi mencari dan menyelamat pada 11.17 malam setelah menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada 10.55 malam.

Kesemua mangsa dibawa ke Jeti Pelancongan Besut menggunakan Bot Maritim Penggalang 45, dan kini telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Beliau berkata pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Maritim Malaysia akan memastikan aspek keselamatan pengangkutan laut di negara ini termasuk di kawasan pelancongan terus dipertingkat. 

“Kejadian itu sekali lagi menjadi peringatan betapa pentingnya aspek keselamatan di laut, khususnya ketika cuaca tidak menentu. Maritim Malaysia menggesa semua pengusaha bot supaya mematuhi arahan keselamatan dan memeriksa ramalan cuaca sebelum memulakan perjalanan,” katanya dalam kenyataan.- Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PBB Belia Piasau gesa Nurul Izzah mohon maaf isu tanah NCR
Next: Isu 35 peratus kerusi Parlimen Sarawak, Sabah belum muktamad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.