Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • ‘Yoga untuk Satu Bumi, Satu Kesihatan’ serlah gaya hidup sihat, pada 6 Julai ini
  • KESIHATAN

‘Yoga untuk Satu Bumi, Satu Kesihatan’ serlah gaya hidup sihat, pada 6 Julai ini

Utusan Sarawak 9 hours ago
POSTER Hari Yoga Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ke-11, Cawangan Kuching Yayasan Brahma Kumaris (BKF).

KUCHING: Sempena Hari Yoga Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ke-11, Cawangan Kuching Yayasan Brahma Kumaris (BKF) dengan bangganya akan menganjurkan sambutan istimewa bertemakan Yoga untuk Satu Bumi, Satu Kesihatan pada 6 Julai 2025 di Dewan Serbaguna Persatuan India bermula 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Tema tahun ini menyerlahkan peranan penting yoga dalam memupuk kesihatan holistik serta menyokong usaha kelestarian alam sekitar di peringkat global, kerana yoga bukan sekadar senaman fizikal malah merupakan amalan menyeluruh yang merangkumi aspek jasmani, mental dan spiritual.

Yoga telah terbukti mampu meningkatkan fleksibiliti, kekuatan dan kecergasan fizikal, di samping mengurangkan risiko penyakit kronik; dari aspek mental, ia membantu meredakan tekanan dan keresahan serta meningkatkan ketenangan minda dan kestabilan emosi.

Lebih daripada itu, amalan yoga menyatukan individu daripada pelbagai latar belakang, menyemai keharmonian komuniti dan memperkukuh persefahaman antara budaya. Prinsip yoga turut menyeru kepada kehidupan selaras dengan alam semula jadi, mendorong gaya hidup mesra alam yang mampu menyumbang kepada kelestarian bumi.

Bagi menambah keselesaan peserta, pihak penganjur akan menyediakan mesin pengedar air dan menggalakkan para hadirin membawa botol air masing-masing serta pelbagai aktiviti sampingan juga disediakan termasuk pemeriksaan kesihatan asas, pengalaman meditasi, ujian Happy Index dan pameran interaktif yang menarik.

Orang ramai dijemput hadir bagi menyemarakkan sambutan ini serta untuk maklumat lanjut, sila hubungi Penolong Pengurus, Lily di talian 013-8015959 atau Christina di 014-6995668.

Oleh Norman B

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Kempen Derma Darah, Ahad ini di Star Mega Mall Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.