Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek Lampu Jalan Kampung Fasa 8 perkasa pembangunan luar bandar
  • TEMPATAN

Projek Lampu Jalan Kampung Fasa 8 perkasa pembangunan luar bandar

Utusan Sarawak 9 hours ago
AMANAT… Dato Sri Julaihi Narawi menyampaikan ucapan pada majlis penyerahan Projek Lampu Jalan Kampung (LJK) Fasa 8, di Dewan Kampung Merdang Lumut, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Komitmen kerajaan dalam memperkasa pembangunan luar bandar terus terbukti melalui pelaksanaan Projek Lampu Jalan Kampung (LJK) Fasa 8, hasil inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan kerjasama erat Kerajaan Sarawak dan Sarawak Energy selaku agensi pelaksana.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, pelaksanaan Projek LJK merupakan bukti nyata keprihatinan kerajaan dalam menyediakan kemudahan asas yang menyeluruh, termasuk kepada komuniti di luar bandar yang sebelum ini kurang mendapat akses pencahayaan jalan.

“Sejak diperkenalkan pada 2002, Projek LJK yang kini telah memasuki Fasa ke-8 telah berjaya memasang 57,000 unit lampu jalan di 6,500 kampung di seluruh Sarawak dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM71 juta,” katanya pada majlis Penyerahan Projek Lampu Jalan Kampung (LJK) Fasa 8 di Dewan Kampung Merdang Lumut, di sini hari ini.

Bagi Bahagian Samarahan, katanya lagi, sejumlah 5,551 unit lampu jalan telah dibekalkan kepada 586 kampung, manakala 517 unit lampu telah siap dipasang di 115 kampung menerusi pelaksanaan Fasa 8.

Tambah beliau, kesan pelaksanaan projek ini bukan sahaja menyumbang kepada pencahayaan laluan di kampung-kampung, tetapi turut memberi impak ketara kepada keselamatan, kesejahteraan serta kelangsungan aktiviti sosial dan ekonomi penduduk.

“Projek ini bukan sekadar satu simbolik kejayaan. Ia adalah bukti kesungguhan kerajaan untuk menaik taraf prasarana luar bandar agar masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri,” ujarnya.

Pelaksanaan projek turut disokong penuh oleh Sarawak Energy, yang bertanggungjawab menyelia kerja-kerja pemasangan, penyambungan dan penyelenggaraan lampu-lampu jalan tersebut secara berterusan bagi memastikan mutu perkhidmatan berada pada tahap terbaik.

Dalam majlis yang sama, Julaihi turut mengumumkan perancangan untuk meneruskan Projek LJK menerusi Fasa 9 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang dijangka melibatkan pemasangan sebanyak 16,400 unit lampu jalan di seluruh Sarawak dengan anggaran kos RM47 juta.

 “Usaha ini sejajar dengan visi kerajaan Sarawak untuk memperluaskan liputan kemudahan asas di luar bandar merangkumi jalan raya, bekalan elektrik serta air bersih, sebagai asas kepada pembangunan holistik masyarakat,” katanya.

Beliau turut menggesa KKDW agar menyalurkan peruntukan lebih besar dalam fasa-fasa akan datang bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek dan manfaatnya dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat di negeri ini.

 “Saya percaya, dengan sokongan semua pihak berkepentingan dan kerjasama berterusan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri, kita akan dapat merealisasikan impian menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030,” ujarnya.

Majlis turut dihadiri wakil KKDW, pemimpin masyarakat setempat, wakil agensi pelaksana serta penduduk sekitar yang menyambut baik inisiatif kerajaan ini sebagai pencetus transformasi positif di kawasan luar bandar.

Oleh Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pameran Tumbuhan serlah semangat kelestarian di The Spring Kuching
Next: Permainan tradisional Melanau ‘Itut’ bakal kembali meriahkan BCF 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.